Saturday, December 25, 2010

VIENTIENNE ..HERE I COME AGAIN!!!

InsyaAllah esok [tanggal 26 Disember 2010] aku akan ka Vientienne melalui jalan darat lagi.

Kali ini, aku akan menaiki bas ekspress, proceed ka Hatyai. Apabila sampai disana aku akan cari bas ka Bangkok.

Tungguu perkembangan selanjutnya.......

Doa kan perjalanan ku ini selamat. InsyaAllah.

26/12/2010 - Saya bergerak ka Vientienne, Laos melalui jalan darat dengan bas express Konsortium pada jam 10pm.

27/12/2010 – Terminal pertama adalah di Hatyai. Insyaallah. Arriving @ 5am [waktu siam]. Tapi tiba di Changloon pada jam 4.48am. Urusan dokumen dibereskan oleh pihak bas. Pada jam 6.00 pagi bas tiba kat checkpoint.

Owh..mama mia….! Semasa Immigration check-point, Bukit Kayu Hitam, Malaysia, saya tersekat lah pula kat auto-gate sebab terminal tak boleh baca, diarahkan chop manual..sebabnya tarikh passport akan kaput bulan June 2011.

Semasa di check-point sebelah Siam, sama juga tapi kali ini penumpang dikenakan keluar dari bas untuk chop passport. Itu okay lagi… disuruhnya angkut luggage yang dibawa untuk screening. Mak oiii..mengeluh sebab saya usung Golf-bag dengan hand luggage. Nyam nyam nyam…heret aja lah.

Serik?? Tidak sama sekali. Memang adventurous.

Nota : Saya perhatikan gelagat pemandu bas ekspress tersebut; kebetulan saya duduk kat seat yang paling depan sekali. So, memang jelas. Cara pemanduan di Malaysia lain, bila masuk kawasan Siam memang berubah, siap suka bunyikan horn lagi.

Jam 7.00 pagi tiba di perhentian bas Hatyai. Terus diapproach oleh seorang lelaki yang bernama Arun,adalah seorang muslim. Selepas beli tiket, saya ka kedai 7Eleven beli tit-bits. Arun beritahu perjalanan ka Bangkok lebih kurang 8jam perjalanan. Arun sarankan saya breakfast digerai bersebelahan dengan kaunter tiket. Dia beritahu gerai tersebut diuruskan oleh orang beragama islam [Melayu Pattani]. Memang betul kat situ ada lah beberapa ayat suci Al-Quran yang digantung dan mereka pasang lagu nyanyian Saleem.

Jam 8.30 pagi, Arun memberitahu saya bahawa perjalanan hendak bermula. Sangka saya mesti bas ekspress…rupa-rupanya van Toyota Hi-ace [12 seater]. Saya menyinga sebab Arun kata bas tapi van. So, saya minta pulangkan duit untuk pergi beli tiket bas kat kaunter di terminal.

Nota : Arun rupanya ulat tiket…aiyaaaa.

Setelah negotiate, sebab sayakan bawa bag golf jadi space dah makan, maka mereka terpaksa let-go 2 passengers sebab kan bag golf saya tu. Saya beritahu lain kali tengok dulu barang barang yang dibawa. Dia minta saya bayar “extra” …tapi saya “melenting” sebab bukan salah saya. Penyudah dia pun tidak mahu argue dengan saya. [sebab saya hentam cakap dalam loghat kelante hu hu hu…]

Selepas tu van pun bergerak, tapi dia tawaf aja kat area terminal bas Hatyai..pemandu van [abang misai] suruh saya turun dan minum di gerai yang jual mee . Geram juga di buatnya. Disitu saya dah letih dan tak ada selera nak makan. Masa berlalu, saya pun tanya kat abang yang jual mee tersebut bila abang misai tu nak bergerak, ni dah pukul berapa..bila nak mulakan perjalanan ka Bangkok, sebab jam dah tunjuk pukul 9.40am.

Entah apa yang dia sok..sek,abang misai tu tunjuk isyarat 5 minit lagi kat saya. Oleh kerana leka baca majallah saya lupa 5minit dah lama berlalu….jam di dinding restoran dah tunjuk 10.05am. Kali ni saya tanya, dan suruh dia beri jawapan yang betul. tak mau lagi 5 minit. Saya cakap kalau kata satu ...satu lah. Berapa lama lagi nak jalan saya tanya pada abang yang jual mee tu dalam loghat kelantan. Katanya memang sungguh sungguh 5 minit..

Aduiiii...kali ni memang van dah nak berlepas...tetapi van yang lain pula. Hu hu hu...tak apa lah ruang van ni besar sikit.

OK perjalanan ka Bangkok bermula....

Risau juga bila van tersebut bergerak...melalui lorong lorong dan tiba disebuah bengkel. Owh kat situ ada 1 passenger. Van bergerak kali ini masuk highway dan berhenti lagi sebab driver dapat panggilan..so tunggu lah kat tepi jalan tu lebih kurang setengah jam. Ada 2 orang passenger lagi..so kat dalam van tu ada 10 orang semuanya. Saya nengok jam dah pukul 10.45pagi. [so..saya ambil kira dari pukul 11 pagi lah...so dijangka tiba Bangkok dalam masa 8 jam...ETA ialah 8 malam, sebab ambil kira berhenti makan dan lepas hajat)

Nota : Driver dah tukar daripada abang misai kepada seorang anak muda yang tinggi dan tegap dan dibantu oleh co-driver yang bersize kecil badan nya.

....kali ini memang saya tidak boleh jangka, betul betul misjudged. he he he.... memang saya tersenyum sendirian. Saya nak tulis pun saya tak tahu nak start kat mana.

Cuba teka..

Kenapa saya mishudged?

....kali ini memang saya tidak boleh jangka, betul betul misjudged. he he he.... memang saya tersenyum sendirian. Saya nak tulis pun saya tak tahu nak start kat mana. Kenapa saya misjudged?

Sebabnya....van tersebut mengunakan Natural Gas. Jadi setiap beberapa kilometer mesti kena refill gas.

Adushhh mak...entah berapa kali van tersebut berhenti.

Yang paling bagus nya drebar tu tahu saya muslim, tempat untuk makan siap yang halal dan ada musolla.

Stesyen minyak/gas dorang macam R & R kat PLUS h'way. Memang convenient, mesti ada 7Eleven dan tempat minum macam ala-ala Coffee bean gitu.Memang sangat mudah.

..tandasnya jangan cakaplah memang bersih

teruskan lagi.

awal tadi saya cakap ; target sampai destinasi ialah pukul 8 malam kan?

dek kerana asyik berhenti refill gas, jam berapa saya tiba Bangkok?

11.40 malam saya sampai di perhentian bas Bangkok. Tempat yang saya turun tu banyak teksi, so saya naik teksi minta dihantar ka Hotel yang berdekatan.

sampai hotel tepat tepat jam 12..macam cinderella pula.


..................................................................

...sambungan

Saya pun dah penat lalu, bersihkan diri dan tidor.

Tapi mata ni pula jahat tak mahu tidor, badan letih tapi mata tak letih. So saya on televisyen yang tersedia. Ya Allah majority channel nya kisah pornography… hari tu saya pergi tak da pun cerita malaun macam tu. Mungkin tengok management hotel kot. So saya off televisyen dan paksa diri untuk tidor. Terkebil kebil biji mata nak suruh lelap..

28/12/2010 @ 7.05 saya keluar selepas breakfast. Dengan cerdik nya saya minta receptionist tolong tulis nama hotel tu dalam bahasa siam. Saya juga minta dia tulis nama terminal bas dalam bahasa siam..so bila saya naik teksi saya tak terkial kial cakap dengan pak supir nya.

Receptionist tu tanya kat saya mana tujuan saya lepas ni, saya beritahu nak ka Nongkhai, Bandar sempadan antara Siam dan Laos. Kebetulan ada seorang limo driver ni memang hendak ka Nongkhai sebab dia nak fetch seseorang dari Laos balik ka Bangkok. Tapi saya risau juga sebab macam ada “muslihat” pula, so saya cakap saya nak ka terminal bas dulu.

Sampai di terminal bas Bangkok, [luas dan besar], saya lihat conter tiket nya tersusun dan dinyatakan kemana hala tujuan ..contoh : utara/selatan dan sebagainya. Mulanya saya tak faham tapi bila lihat signage nya dan nama nama tempat di Siam, saya boleh agak …owh counter ni untuk arah utara..manakala yang ini ka arah timur..[tips nya kena tahu geografi juga…]

Hurmmm…semua tiket ka Nongkhai habis dijual. So kena fikir Bandar yang paling hampir dengan Nongkhai ialah UdonThani…No choice beli saja tiket ka UdonThani. [Nota : Dulu sebelum ada direct flight ka Laos, saya selalu juga berhenti kat UdonThani , sebab dari Bangkok saya ambil local flight ka sana]. Harga tiket bas ka Udon Thani ialah THB600.00



Naik teksi terus shoot ka hotel. Bus akan bertolak jam 10.30am. Dalam teksi otak dok berjalan, apa kata let-go tiket bas tu dan naik saja limosin….arggghh…kenapa tiba tiba kena buat pilihan pula ni.

Sampai kat hotel, terus saja aku terpa kaunter receptionist dan minta beritahu pada limo driver yang aku hendak kan khidmat nya. Aku tanya berapa yang perlu aku bayar jika terus ka Nongkhai..dia kata THB2,000..terus aku setuju.

Jam dah pukul 9.00 pagi, jadi Charlie limo driver tu cakap setengah jam lagi boleh gerak dan aku kata ok set no problem..haaa..nasib baik Charlie boleh cakap omputih.

Sepanjang perjalanan..Charlie memang kaki borak. Tau berapa umur Charlie?

Tunggu….kita sambung lagi.

Sunday, November 14, 2010

ROSLI DALAM KENANGAN

اللهم اغفر له وارحمه وافسح له في قبره ونور له فيه واخلفه في عقبه

Semoga Allah mengampuni dosanya, merahmatinya, melapangkan kuburnya, memberikan cahaya padanya dan memelihara keluarganya.

Begitulah banyak ucapan takziah yang saya terima dari sahabat sahabat yang budiman.

Terima kasih kepada semua.

Pada pagi 21 Oct, pihak wad neuro talipon, mereka nak buat lagi satu surgery sebab kepala adik saya membengkak lagi, tapi mereka maklumkan jika bedah pun lagi 2 minggu akan berulang benda yang sama, so saya setuju dengan nasihat mereka agar tidak dibedah dan dibawa balik.

Bawa balik pada petang khamis (21/10/2010) dan meninggal pada 24/10/2010. Kiranya 4 hari 3 malam saja kami sempat jaga arwah kat rumah. Bagus lah pihak HKL sekarang siap ada Home-Care Service, mereka nak nengok samaada keadaan hygenic dan beri ala-ala after sales service macam tu.

Sekarang ni terasa sangat kehilangan, bayangkan routine 6 bulan ulang alik ka HKL.

WSLM

Wednesday, September 15, 2010

SUDAHKAH BANK DAPAT UNTUNG DARIPADA PINJAMAN YANG DIPINJAM

Bagaimana peminjam dengan institusi perbankan mengetahui bahawa bank tersebut sudah mendapat keuntungan daripada pinjaman yang dipinjam.

1) Peminjam perlu buat selidik berapakah kadar Cost Of Fund institusi perbankan tersebut.
(Nota : Cost of fund bukan Base lending Rate)

2) Formula :
Jumlah interest berbayar / Jumlah pinjaman x 100% / Jumlah bulan sudah berbayar

Contoh :
Pinjaman - RM540,000
Jumlah interest yang telah berbayar - RM82,079.42
Jumlah bulan sudah berbayar - 46
COF perbankan - 3.54%

Jalan kerja :

RM82,079.42 / RM540,000 x 100% / 46 = 3.304%

Jawapan 3.304% kurang daripada COF @ 3.54%

Oleh itu perbankan tersebut sudah mencapai peratus break-even yang selesa dan memperolehi keuntungan terhadap pinjaman yang diberi.

Maka, adalah wajar pihak perbankan memberikan kelulusan kepada peminjam seandainya peminjam mohon untuk pengurangan kadar pinjaman.

[Ini adalah mengikut perkiraan konvensyenal]

Monday, September 6, 2010

QUACK QUACK QUACK....

Jiran saya memang unique...

Daripada dia bela dua ekor anjing (sekor German Shepard, yang sekor tak tau apa species tapi sebelah telinga nya kedebey)kepada membela seekor itik!!!

Ha ha...aku ingatkan apa ker benda nya macam orang tergelak besar. Rupanya bunyi itik (quacking). Dia bela itik serati...quack quack quack

Aku nak cari ANGSA la. Nak bela angsa. mana nak cari ?

Saturday, September 4, 2010

ROSLI DEMAM PANAS DAN KRITIKAL

Hari ini terlambat pula tiba di GH. Jalan jam sangat. Jam 2.00 aku sampai

Seperti biasa, aku hantar mak dimuka pintu utama dan aku akan ka tempat pakir kereta. Sampai di katil Rosli aku nengok mak dah menangis, dan Rosli bagai tercungap. Suhu badan dia terlalu tinggi. Tak pernah aku nengok dia berpeloh dalam air-cond.

Mak marah kat aku dan salahkan aku sebab lambat sangat; kenapa marah? sebab kami boleh ziarah sampai jam 2.30pm saja. Jadi setengah jam saja kami boleh ada disitu. Hurmmm..tak pa lah, tapi aku memang terasa dan kecik hati dibuatnya. Hendak saja aku menjerit, kemana pergi adik beradik aku yang lain disaat ini?

Setelah aku rasa reda..aku beritahu pada mak. Nanti kita datang lagi lepas solat asar. Mak setuju.

Jam 6 petang kami sampai GH. Masa sangat pantas berlalu.

Rosli diberi antibiotik, ada macam life-support sebab dia tak boleh bernafas kata Staff Nurse.Suhu badan Rosli sudah stabil dan normal. Alhamdulillah.

Doa ku buat adik ku Rosli..semoga Allah beri yang terbaik untuk nya. Amin

...esok akan ziarah Rosli lagi. InsyaAllah

Wednesday, September 1, 2010

ADUH..... KELADI REBUS

Jika tidak Afzan ingatkan tidak lah pula minda ini asyik trigger kan dek keladi rebus tu. Sebenarnya 2 hari sebelum tu aku dok teringatkan pisang rebus yang disira cicah dengan kelapa dan gula melaka.....(lagi lagi lagi lahhhhh teringat kan gula kabong Tuan Hakim...haiyyo apa ke hal ayik ingatkan keladi rebus..pisang rebus nie...) Ini semua penangan si Afzan lah ni. Jika tidak sms aku, sudah tentu aku tak ingat benda benda rebus tu semua.

Keladi rebus atau steam tu unique sebab selalunya aku makan pengat keladi (ini semua masuk satu periok i.e gula melaka nya dengan santan nya a'ah..not forgetting the sagu mata ikan, mau kasi pekat) ; begitu juga dengan keladi goreng...dicicah dengan sambal kicap, mak aiii meleleh air liur. Macam tu juga dengan pisang goreng pun cicah ngan sambal kicap (muahahaha..koi nak cakap orang Johore jer pandai makan pisang goreng ngan sambal kicap)

Lagi satu...tadi makan ler tahu goreng cicah sambal kicap (he he..lagi lagi sambal kicap)

Sorry...Off topic ler pula. Tajuk Keladi Rebus daaaaaa

Friday, August 27, 2010

ROSLI - DIBEDAH UNTUK KALI KE 8

Allahuakhbar, baru saja dimaklumkan oleh Staff Nurse bahawa Rosli dibawa ke OT untuk betulkan SHUNT yang tersumbat. Mereka cuba flush tapi masih tersumbat.

Ku mohon doa buat adik ku yang tersayang agar Allah beri kemudahan. AMIN

Saturday, August 21, 2010

IBU MITHALI YANG TERISTIMEWA

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi. "Sekarang ..," suara pengacara majlis bergema kembali,"Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa.Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput? Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas. Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu. "Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali"yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran."Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa
kekaguman.

Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot keruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan,tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung,seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan,bercakap pelat-pelat,seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri,kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun,kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak."Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya."Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak."Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas,mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan
tindakan saya itu terlalu
bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau
saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan
mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah
ikhlas menolong.

Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.
Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu,memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada
abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak."Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.

"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain.. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang
patut jaga mereka,
bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu
reaksi mak setiap
kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi
mengagumi pendirian mak.

Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak
menghargai jalan keluar yang
telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya,
semasa saya berusia
dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga
tidak dapat bangun.
Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik.
Lalu, saya
ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak
di rumah.

Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang
lemah, berkali-kali
mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa
memberi abang-abang dan
kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin
mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk
mendengar cerita gadis
itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan
bersama-sama abang-abang dan
kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa
itu cukup
menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan
kakak-kakak
benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa
Abang Long enggan makan.
Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula
asyik mencirit saja.
Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak
pula, asyik main air
ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya
dibuatnya. Kak Anjang
pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.

Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti
kain buruk, tubuh
saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak
dan ayah. Saya
terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang
terletak di sebelah
rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya
terlalu kacau, saya
akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu.
"Kenapa ibu bagi
Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah,
bagilah Mirah pada
orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan
mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah
berkali-kali ibu
tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana
ibu tak sayang
Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah
hidupnya apabila
situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit
teruk setelah
melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di
hospital, mak yang
telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat
sendiri betapa
gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan
kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh
orang anak yang
pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut
dirasakan oleh mak pula
dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah
kepada mak, ibu
masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu,
walaupun Mirah
tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu
rasa, mak lebih
menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang
lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam
neraka bagi Mirah? Ibu
tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah
tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah.
Ibu tahu
sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan
kerja-kerja rumah dan tugas
menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun
Mirah buat tidak
sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah,
abang-abang, dan
kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih
mahu berkeras meskipun
saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada
ibu. Ibu sendiri
yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah
melaksanakan suruhan
mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang
mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah
di rumah mak kau
itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu
menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata
ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah,
jauh lebih baik
daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri.
Mirah dapat ke
sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk
di rumah. Mirah
dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang
lain pakaiannya
itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam
peperiksaan, mak sungguh
gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga
abang-abang dan kakak-kakak
kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu
selanjutnya, bukan kerana
saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya
benar-benar
malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa
tersisih daripada ibu
kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak
mendapat pembelaan yang
diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan
kesedaran baru."
"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh
selama ini,saya dapati
mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah
abang-abang dan
kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus
menghilangkan diri ke dalam
bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam
bilik, saya terus
resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan
bunyi ketukan di
pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam
mata, pura-pura
tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik
saya dibuka.
"Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah
letih menjaga
abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik
siang tadi. Maafkan mak,
sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul
beban seberat itu.
Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah.
Mak janji, lain kali
mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu
atau orang lain menjaga
abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa
tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus
mengusap-usap dahi saya.
Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka
mata dan menatap wajah
mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal
bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya.
Kemudian, setitik lagi
gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan
itu kian rancak gugur
menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi
mak, Mirah adalah
segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam
rumah ini. Mirah
telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali
berharga. Mirah telah.
."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak.
Kemudian, tiada
kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran
hanyalah bunyi sedu-sedan
dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah
mengubah pandangan saya
terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula
merenung dan menilai
keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak-
kakak dan abang-
abang serta belajar menghormati dan, menyayangi
mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak
berpenghuni sejak gadis
itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan
penilaian darjah lima ,
saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah, di
sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak
tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah
boleh belajar dengan
sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan
berdepan dengan
gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari
nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak
berkelip-kelip
memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua
insan itu silih
berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah
ingin terus berdamping
dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah?
Pelajaran di sekolah
menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui
keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat
mengekalkan prestasi Mirah
semasa di sekolah menengah nanti," balas saya
penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka
terlopong. Mata mereka terus
memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih
terpamer pada wajah mereka.
Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk
terus menjadi
pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik
yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba
membebaskan saya daripada
kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas
menjaga makan pakai
abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya
terganggu.
Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk
membantu, lantaran
didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita
dengan penuh
semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu
mendengar ceritanya
dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu
saya melanjutkan
pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana
saya membuat
pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini
sengaja saya pilih
kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir
pelajar yang kurang
bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah
saya peroleh itu,
dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan
kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka
duka, sebagai seorang
guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya
harus akui,segulung
ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya,
berbanding dengan
mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip
sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia
untuk menjaga
abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini
sering tersentuh apabila
beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan
Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita
itu lepas kita tak
ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah.
Takkan kita nak
harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak
meningkah. "Kita tak
boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan
kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan
membela nasib
abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak
ada. Ya, memang mereka
bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah
membelai tubuh Mirah
dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang
telah menyuapkan
Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang
memandikan Mirah dan
mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah
jambu itu, tunduk
sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya.
Kebanyakan hadirin,
khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya
terbaca mengenai
pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam
akhbar. Saya terus
mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti,
kalau mak tahu, dia
tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang
mak akan terpilih
untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan
terdiri daripada
orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya
anak- anak
"Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang
seperti mak lalui
mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan
ibu-ibu lain. Betapa keimanan
mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang
sebegini hebat.
Tiada rasa kesal.. Tiada rasa putus asa. Tidak ada
salah-menyalahkan antara
mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat-
saat terakhir tadi,
mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan
mak, untuk menerima
anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil
lebih-lebih lagi
setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali"
pertama, kedua dan
ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga
anak-anak mak bukan
kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak
adalah amanah
Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya
mencalonkan mak untuk
anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya
cuma berharap
kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh
ibu-ibu lain, terutama
ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan
mencampakkan anak mereka yang
cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan,
mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin
merakam penghargaan
saya kepada pihak penganjur, kerana telah
mempertimbangkan mak saya sebagai
salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali"
tahun ini. Semoga
pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada
ibu-ibu lain yang
senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai
dek air mataku
sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku.
Pandanganku menjadi
kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku
silau oleh pancaran cahaya
kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku
dan menangkap gambar
secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa
sebenarnya yang telah
menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau
seharusnya berusaha mendapat
skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau
sendiri.'

Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku
notaku mencari helaian
yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai
penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di
samudera kehidupan yang
tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput
Yang Berbahagia Puan
Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan
"Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah
"Ibu Mithali"
serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah
Rashid. Yang Berbahagia
Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia
memimpin maknya
melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa.
Lutut maknya
menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya
menahan perasaannya dia
terduduk kembali di atas kerusi

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa
sendiri datang
mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu.
Setelah itu, beliau
menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan
Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan.
Sejurus kemudian,
seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu
Mithali" sebelumnya,
naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan
Afifah. Bertambah
lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu
Mithali" yang
terakhir itu.

TAPI JANGAN LUPA PENGORBANAN AYAH YANG BEKERJA
MEMBANTING TULANG BUAT
KELUARGA.

JAGALAH MEREKA SELAGI MEREKA MASIH HIDUP. MEREKA JUGA
PERLUKAN KASIH SAYANG
DAN PERHATIAN KITA

Renung-renungkan dan Selamat beramal...
-------------------------------------------------------------------------------------
Saya ingin memberi credit kepada penulis kisah ini, tetapi tidak tahu siapa kah gerangan orang nya.Kepada saudara/saudari, izinkan saya pamerkan kisah yang sungguh dramatik ini. Terima kasih saya dahulukan.

-------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih juga kepada my hubby. Saya terima kisah ini melalui e-mail yang dihantar oleh my hubby yang kini di Laos. Sebelum my hubby e-mail beliau call dan maklumkan kepada saya bahawa beliau hendak hantar sesuatu yang sangat touching dan hendak saya bacanya. Beliau bercakap dengan suara yang terputus putus kerana dalam keadaan "sentimental".

Wednesday, August 11, 2010

MARHABAN YA RAMADAN

Isnin, 2010 Ogos 09
Marhaban Ya Ramadhan
Mari kita kenali penentuan hari,anak bulan,bulan bagi kegunaan am,ibadat harian dan bulanan serta penentuan awal Ramadhan dan Syawal.

Taqwim Istilahi.(kegunaan am).

1-Berdasarkan Hadis Riwayat Muslim,
(Sesungguhnya kami kaum yang tidak tahu membaca, dan menulis dan mengira,bahawa bulan itu sekian,bulan ini sekian,yakni umur ada ketikanya 29 hari dan ketika yang lain 30 hari)

2-Ketetapan kahlifah Rasulullah,Sayyidina Omar r.a bahawa awal hijrah (1 Muharram 01 H) bermula pada hari Khamis(malam Jumaat bersamaan 15 Julai tahun 622 masehi dengan ru`yah pada malam Jumaat tersebut.

3-Bilangan hari dalam satu pusingan 30 tahun hijrah ialah 10631 gari dan dibahagi kepada 354 hari dalam 19 tahun basitah(biasa) dan 355 hari bagi 11 tahun (kabisah-lompat ).

Taqwim Hakiki.(ibadat harian dan bulanan).

Suatu takwim berdasarkan masa ijtima* sebelum ghurub matahari pada akhir bulan hijrah.Sekiranya ijtima` berlaku sebelum ghurub matahari,maka esoknya dikira awal bulan hijrah baru tanpa mengambil kira anak bulan mungkin kelihatan(boleh rukyah) atau tidak.

Dengan ini bilangan hari di dalam bulan-bulan hakiki lagi berselang 29 atau 30 hari,tapi adakalanya berturut-turut 29 atau 30 hari selama tidak lebih dari 3 bulan.

Takwim Rukyah(Awal Ramadhan/Syawal)

Suatu taqwim berdasarkan kapada rukyah(penglihatan/cerapan) cahaya anak bulan di akhir bulan hijrah.sekiranya cahaya anak bulan itu kelihatan,hari esoknya adalah bulan baru.Jika sebaliknya digenapkan bulan lama ke hari yang ke 30.

Imkanurukyah(Kemungkinan anak bulan boleh dilihat)

Malaysia dan negara sewaktu denganya,memakai prinsip imkanurrukyah ini.Muktamar Hilal 1978 di Turki telah bersetuju bahawa imkanurrukyah bila 3 syarat ini dipenuhi:-

a-Berlaku ijtima` kira-kira antara 8-10 jam sebelum ghurub.
b-Tinggi bulan ketika ghurub matahari tidak kurang dari 5 1/2 darjah atas ufuk.
c-Jarak bulan dari matahari ketika ghurub tidak kurang dari 71/2 darjah.

Anak bulan yang tidak kelihatan didalam syarat-syarat diatas dikira tidak kelihatan langsong.Tetapi sebaliknya jika tidak kelihatan diluar cakupan 3 syarat tersebut anak bulan dikira kelihatan(imkanurrukyah)

Mari kita praktikan syarat diatas dengan penentuan ramadhan dan syawal tahun ini.(1431 H)

Rukyah Hilal pada ghurub hari 29 syakban ialah pada pukul 7 .21pm Selasa bersamaan 10 hb 8.2010.Ijtimak berlaku pada pukul 11.09 minit dan 15 saat(pagi).Jika dikira tempoh masa ijtimak dan ghurub ialah selama.8 jam 15 min(lebih kurang).Oleh yang demikian 3 syarat imkanurukyah dipenuhi,maka 1 Ramadhan ialah pada kesokan harinya(11 Ogos 2010).Samada hilal nampak atau tidak, puasa akan diisiiharkan berdasarkan imkanurukyah.Jika langit cerah petang tersebut hilal kemungkinan besar boleh nampak ,jika langit mendung dan kemungkinan tidak nampak maka hilal tetap dikira sabit ada.

Penetapan 1 Syawal.Cerapan/rukyah hilal akan dibuat pada 8 Sept 2010(29 ramadhan),mengikut sifirnya,ghurub juga sekitar 7.20 pm(maghrib) manakala ijtima` berlaku pada jam 18/30/55(lebih kurang jam 6.30 pm),maka tempoh waktu kemungkinan nampak hilal tidak mencukupi 8 jam(minima).Oleh yang demikian 1 Syawal akan ditetapkan pada lusanya 10 Sept 2010).**

Nota:* Ijtimak
Ijtimak (conjunction) di dalam ilmu falak bermaksud “pertemuan” antara bulan dan matahari. Secara teknikalnya ijtimak ialah pertemuan bulan dan matahari di garis edar masing-masing relatif kepada kedudukan bumi. Pertemuan ini berlaku apabila bulan dan matahari berada di meridian ekliptik yang sama (longitud ekliptik bulan dan matahari, λB dan λM adalah sama; i.e. λB= λM

Bahasa mudahnya:Bulan,matahari dan bumi berada pada suatu garis pusat selari /lurus)


**
Penetapan sebenar akan di istiharkan oleh Penyimpan Mohor besar Raja-Raja.


Ruj:Pengenalan Taqwim Hijrah-Oleh Ustaz Md Khair Taib (rahimahullah) 1987


WA

[Special Credit to Tuan Sulaiman Akhlaken (TJ) kerana memberi izin kepada ku untuk ambil artikal yang beliau tulis - Tabik Hormat TJ]

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN QAREEM AL-MUBARAQ

Ramadhan ya marhaban.

Ya Allah aku bersyukur kahadrat Illahi, hadir mu aku persis disini.

Tetapi Ramadhan pada kali ini tidak mungkin sama dengan Ramadhan yang lalu.

Adikku Rosli masih tidak sedar lagi. Sepatutnya dia dah boleh celik mata dan setidak tidaknya akan memberi isyarat melalui mata sekiranya faham dan tahu kehadiran Mak ataupun aku.

Itulah kita merancang Allah yang menentukan.

Perancangan nya : Sebelum Ramadhan tiba, Rosli mesti dibawa balik. Tujuan nya aku tidak mahu Mak penat. Tapi apakan daya. Tak apalah aku redha. Ini lah hikmahnya agaknya supaya aku sentiasa berdampingan dengan Mak.

Mungkin saja, aku akan Berbuka Puasa dijalanan atau diHospital.

Apa yang aku boleh aturkan buat sementara waktu adalah, setiap jam 12.00 tengahhari, aku akan bergegas balik ka rumah Mak, hantar ka hospital. Jam 6.00 - 6.30 petang aku akan datang jemput Mak.

Nampaknya memang tidak sempat berbuka dirumah. Mungkin maghrib di surau HKL yang betul betul ada dibelakang bangunan Neurologi, Alhamdulillah sudah ada kemudahan disitu. Aku & Mak akan berbuka puasa serba sedikit lantas terus balik ka rumah Mak. Subhanallah, inilah routine aku agaknya.

Ya Allah permudahkanlah urusan aku. Amin

Sunday, August 8, 2010

CITA CITA KU - NAK TULIS BUKU

Memang telah sekian lama ku pendam..aku nak menulis dan punya buku yang aku karang sendiri.

Tapi apa tajuk nya ekhhh?

Kat kepala ni berlegar legar dengan bermacam macam tajuk.

Tapi aku nak mula kat mana?

Aku nak cari icon to admire their piece of work -- but WHO?

Ni semua setan punya kerja kan...asyik asyik tertanya tanya..bila nak mulanya?

uishhh..sediri kena inspire to arouse and become a writer... InsyaAllah I CAN!

Owh GOD gimme the strength..Amin

Sunday, July 25, 2010

MY FIRST EXPERIENCE

Nostalgia....
Teringat 20 tahun yang sudah.

Driving School

Malayan Driving School - San Peng Road.
- aku mendaftar setelah membuat panggilan dan bertanya ka driving school tersebut
- rupanya aku kena pergi pejabat driving school tersebut di Jalan Pudu berdepan dengan ibupejabat Magnum ENE
- sebelum dibenarkan bawa kereta, mesti buat ujian bertulis dengan RTD dulu, kata amoy tu. aku cakap bila kena buat ujian bertulis dia kata akan daftarkan untuk aku.
- aku kata lepas ni bila boleh test dengan RTD. katanya bila bila dalam masa 3 bulan setelah lulus ujian bertulis. masa tu lesen L valid 3 bulan (tak tau lah sekarang still in practice atau ada prosedur baru).
- amoy tu beri aku buku undang undang yang perlu ditelaah.
- seminggu lepas tu aku pun pergi lah ka RTD Petaling Jaya buat ujian bertulis. pagi pagi buta kena tunggu ka depan ibupejabat Magnum ENE, lepas tu diangkut ka RTD PJ.
- bila nama dipanggil oleh pegawai RTD, aku disuruh baca carta macam test mata (AB C, warna merah biru, suruh tutup sebelah mata kiri pastu kanan)..macam tu lah..baru lah disuruh masuk kedewan periksa bertulis.
- masa dulu kena tunggu untuk dapatkan keputusan. ok nama ku dipanggil..yeyy LULUS!!!
- aku beri slip keputusan pada amoy tersebut keesokan harinya.
- amoy tu kata dia akan "arrange"kan untuk dapatkan Lesen L, lalu beritahu lah berapa jam aku mesti driving bla..bla..bla..bla,,.
- tapi aku cakap kat amoy tu, saya mahu test satu kali ; tak mau dua kali saya mau saya gerenti lulus dan terus dapat lesen... kata moy tu boleh lu bayar $560.00 semua ada (termasuk sewa kereta masa ujian memandu dengan pihak RTD). aku setuju dan bayar RM300.00 sebagai pendahuluan. Balance nya aku bayar the next month.

Hari berikutnya aku pun set appointment untuk start belajar bawa kereta..ingat lagi hari tu hari Sabtu tengahari (lepas balik kerja di Jalan Bukit Bintang, naik teksi sampai San Peng Road).

Kawasan tersebut lapang, siap macam konon konon kat jalan raya sebenar. ada bukit ada tempat parking, ada tempat "three point turning"(apa lah kebenda three point turning tu --> sampai sekarang tidak ku tahu apa ka benda nya)

OK..masih ku ingat lagi aku cakap pada mereka aku nak instructor tu mesti orang melayu. Terus diberi kunci kereta disuruh nya aku start kan enjin kereta dan ---> HAPPY DRIVING.

So kat dalam compound tu aku yakin aku memang boleh Drive...so cruisingggggg aja la. lepas tu aku dengar suara orang menjerit jerit sambil lambai lambai kat arah aku..katanya "hoiiiiiii....terbakar enjen tu kak oiiiiiii...dari tadi gear satu tuuu kak tak tukar gear ka??? Owhhh mana aku tau....memang jadi blurrrr sekejap.

Lepas tu aku relax dulu...malas nak pergi kelas, sampai kena renew tiga kali lesen L tu..akhirnya tokey driving school yang mengajar aku. By purpose dia datang lepas waktu pejabat..dah lah office aku tu jalan sesak bukan main (Jalan Bukit Bintang tu...) Disuruh nya aku bawa kereta tu... terkial kial. Aku tanya kenapa kereta ni tak ada extra brake pedal kat instructor, (owh..kereta tokey rupanya..).

Ok diarah bawa kereta ka highway untuk praktik on the road..lega sikit lurus memanjang, sampai toll booth aku gabra..memang bedebah ini tokey dia cepuk nya tangan aku , katanya sapa suruh lu tengok itu gear, mata pandang depan haiyyyaa. bedebuk..mati enjin kereta tu...bila start meloncat pula kereta tu sebab tak free kan the gear. ha ha padan muka tokay tu.

Pada bulan September 1990..akhirnya aku berjaya memiliki lesen kereta dengan jayanya!

...5 tahun asyik asyik renew saja lesen memandu; pegang steering kereta langsung tak pernah.

.... arwah abang aku sampai cakap "kau frame aja lah lesen tu"

..... tapi bila terdesak kerana sudah bisa ada supir, pulak hari tu tak ada; aku jadi kelam kabut.

Masa tu kereta Nissan Laurel (bonnet dengan boot memang menjalar).

Aku pun dengan paksa+rela drive kereta tersebut. Kebetulan ada majlis kenduri kat simpang sebelum main road, maka aku kena "go-stan". Dalam masa reverse tu tiba tiba ada bunyi macam benda dilanggar dan jatuh. Dalam hati cakap "waduh sudah langgar apa pula aku ni". Aku pun suruh anak jengah dan Ariff cakap tak der apa apa.

Owh lega.. Aku pun masuk kan gear satu, tapi kereta tak mau bergerak cuma berderum derum saja. Dalam hati kata adoi apa pula kali ni. Rupanya jiran aku jemur sofa dia dan sofa tersebut terperosok bawah kereta tu. Nasib baik ada 3 empat orang tolong tarik keluar sofa tu.

Dan disepanjang panjang perjalanan ketempat yang dituju, aku naik gerunn; tapak tangan berpeluh dalam aircond. Anak anak tak berani cakap dan aku tak benarkan mereka on radio sebab khuathir tak dengar jika ada yang horn, sebabnya aku drive kat lane kanan tapi slow giler kerana takut terlepas junction.

Lagi satu jika kat round-a-bout ..memang terkadang terlepas simpang kena pusing lagi satu kali. Apa tidak, bila tanya orang ada yang jawab nanti sampai bulatan ambik pukul 3, ambik pukul 9 ambik pukul 12 --> alamak apa ka benda tu?

Muahaha...itu cuma hikayat dulu dulu. Sekarang tidak lagi. Cakap saja cerok mana..InsyaAllah.

Bila ingat balik memang tergelak dibuatnya.

Thursday, July 15, 2010

OH MAMA KU SAYANG

Sudah seminggu berlalu...

Routine harian ku kini adalah menemankan mak di rumah ; sebabnya Olin balik ka Kuching, Sarawak. Mak tak mau tidor kat rumah anak anak yang lain. Tapi dia nak berjalan ka gerai shimah. Tak pa lah ikutkan saja janji mak "happy".

Setiap pagi aku suapkan mak ubat. Mak tak boleh suap sendiri sekiranya ubat yang Doctor supply adalah dari jenis cecair..sebab itulah ubat batuk pun mak prefer dalam bentuk tablets.

Uishh..teringatlah pula dulu dulu masa kecik mak suapkan ubat kepada kita..sekarang masa aku pula suapkan ubat untuk mak.

Doa ku semoga mak sihat selalu amin...

Saturday, July 10, 2010

ROSLI - PERKEMBANGAN TERKINI

Menurut riwayat Aisyah r.a. Rasulullah telah bersabda. Maksudnya :
"Tiada sebarang musibah yang menimpa seorang muslim melainkan ALLAH akan mengampunkan dosanya walaupun dia hanya tercucuk duri".
- Hadith riwayat Al-Bukhari

Pada tanggal 30/6/2010 kami adik beradik dan anak buah, termasuk ibu kesayangan ku pergi jumpa Doctor Rehab (Ms Yoshi), Ms Yoshi adalah Doctor berketurunan Jepun (lemah lembut pertuturan beliau, aku suka tengok senyum simpul beliau, aku terfikir, macam mana bila beliau bercakap beliau boleh ukir senyuman - memang benar apabila melihat orang tersenyum hati kita pun rasa legaaaaa...)

Doctor Yoshi pun mula memaklumkan pada kami perkembangan terkini mengenai Rosli. Beliau memberitahu bahawa dalam situasi Rosli (yang boleh dikatakan cronic) memang mengambil masa yang agak lama untuk beliau "balik semula". Kata beliau paling cepat adalah dalam masa 6 bulan (Doc Yoshi bagai tahu apa yang berlegar legar dalam fikiran dan sebelum sempat bertanya beliau sudah beri jawapan). Selepas itu kami perlu monitor dan lihat prestasi Rosli.

Kata Doctor Yoshi lagi jika melihat keadaan graf Rosli ianya terlalu mendatar, graf yang baik adalah menaik. Oleh sebab itulah Doctor Yoshi mahukan kami memberi sokongan moral kepada Rosli. Setakat ini, kami adik beradik memang "satu hati" hendak jaga Rosli sebaik mungkin. It is not about dollar & cent but it is all about love.

Maka kami mesti "jadi misi[a.k.a nurse]" :
- belajar mandikan Rosli
- belajar buang kahak (suction melalui leher)
- belajar physio (gerakan yang mudah - ini bertujuan supaya Rosli tidak "kaku atau kerekot"
- belajar kendalikan (positioning untuk Rosli diatas katil) supaya belakang badan Rosli tidak melecet (back-soar).

Pada 1/7/2010 mengorak langkah "belajar" mandi kan Rosli, Staff Nurse dan Nurse (lelaki/perempuan)mengembeleng tenaga mandikan pesakit pesakit yang rata rata memang "bed-ridden". Rasa tersentuh pabila melihat pengorbanan Nurse tersebut. Boleh nampak keikhlasan mereka (Semoga Allah beri ganjaran diatas bakti yang Nurse berikan kepada insan yang tidak bermaya). Patutlah (memang sangat perlu pun..) Nurse lelaki pun ada.

Sambil sambil itu, Nurse pun beritahu langkah langkah yang perlu dilakukan sebelum mandikan pesakit. Macam mana hendak tanggalkan pakaian pesakit yang dalam keadaan berbaring (yang mana pesakit tidak boleh bergerak - tapi ada cara nya). Dalam hati aku bercakap, kalaulah aku ada anak perempuan, paling koman pun lebih baik jadi Nurse daripada jadi Mak Andam!!!

Semasa aku sabunkan Rosli mereka tunjuk ajar macam mana gerakkan dan alihkan badan pesakit. Katanya bengkokkan satu kaki, ampu dibahagian badan dan yang lagi seorang bersihkan bahagian belakang. Aku tengoh mereka lakukan dengan sangat mudah, lepas tu aku pulak lakukan, Nurse kata tengok dulu tapi aku kata aku nak buat juga dan mereka benarkan.

Kata Nurse lagi, kendalian sama macam baby tapi ini baby besar - memang betul!!! Tapi...baby menangis jika sakit, lapar dan tidak selesa kerana basah atau ... tapi Rosli tidak macam itu..... Ya Allah mudahkan urusan kami. Amin.

Dalam riwayat Abu Hurairah r.a. pula, Rasulullah s.a. telah bersabda, yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, DIA pasti akan menduganya".
- Hadith riwayat Al-Bukhari


Selepas mandi Physio Therapist ajar macam mana hendak lakukan pergerakan mudah dan senaman (20 kali setiap gerakan) - Agaknya Rosli sakit, sebab saya rasa dia sakit. Kesian dia.

Pada 3/7/2010 bersama sama Olin mandi kan Rosli. Kerana kasihan kan Rosli, maka saya pun panggil Ustaz Hilmi yang pandai urut untuk urut Rosli. Tak berani nak lakukan physio - macam dipaksa pula. Tak sanggup, sungguh tak sanggup.

Hari ini bersamaan 4/7/2010 Mak, Olin, Shimah & Zainal mandikan Rosli... Selepas aktiviti mandikan Rosli, Nurse suruh tunggu sebab Doctor nak beritahu sesuatu. So dari jam 8.00 pagi mandikan Rosli...sampailah ka jam 2.00 petang baru Doctor sampai untuk maklumkan bahawa esok mereka nak lakukan satu minor operation pada Rosli.

Doctor cakap(perempuan, lupa pula nama beliau) mereka nak buat PEG-TUBE (senang cakap tebuk luang kat perut). Jadi tak perlulah pakai tube kat hidung yang mana terpaksa ditukar tube tersebut setiap 2 minggu. Sakit Rosli setiap kali aku tengok nurse masukkan(jolok)tube kelubang hidung Rosli. Kesian sungguh kesian.

Tujuan tube tersebut adalah untuk memudahkan salurkan makanan. Setakat ini hanya susu sahaja yang boleh diberi. Staff Nurse Faridah beritahu, jika dengan Peg-tube tersebut, nanti boleh beri bubur, sayur sayuran yang di blend halus ataupun diberi supplement food sebagai makanan tambahan.

Hari ini, tanggal 5/7/2010 - Rosli telah selamat dibedah. PEG TUBE dah dipasang kat kiri perut Rosli. Sekurang kurangnya tube tu ditukar setiap 6 bulan atau 12 bulan. Maka tidak lah menyakitkan Rosli jika dibandingkan dengan tube tersebut ditukar setiap 2 minggu sekali.

Masa operate tu..trachy (leher) Rosli berdarah pula. Rehab Doctor kata sebab declining..kesiannya Rosli. Nanti sebelum discharge mereka akan tukarkan TRACHY TUBE di leher tu dengan yang baru.

Semoga Rosli segera sembuh.

Staff Nurse Faridah nasihatkan dengan beberapa option supaya :-

1) Katil
- Kalau beli brand new hydraulic RM6,000 dan Kalau beli brand new manual RM2,500
- Kalau sewa hydraulic RM1,200 sebulan
- Kalau manual RM700 sebulan

2) Ripple mattress (termasuk pump) - RM500
- tilam ini perlu sebab ianya mudah ikut struktur badan
- pengaliran udara yang bagus

3) Suction machine - RM1,000.00
- untuk sedut kahak melalui trachy tube dileher

4) Reclining Wheel Chair (size 16") - RM1,500.00
- boleh diguna pakai untuk mandikan
- boleh juga untuk bawa bersiar-siar

Maka, setelah aku fikir dan mesyuarat dengan adik beradik yang lain, adalah lebih baik aku beli saja katil hydraulic daripada kawan aku (dimana arwah suami dia pernah gunakan dari bulan Nov 2009 dan beliau pulang kerahmatullah awal bulan June hari tu). Aku dapat harga RM3,500.00 untuk katil secondhand serta ripple bed tersebut. Katil tersebut serupa macam yang dalam wad ICU.

6/7/2010 - Tadi pergi lawat Rosli dengan Azry dan bawa balik Reclining wheel chair ka rumah emak.

Olin berangkat ka Kuching jumpa emak dan adik beradik. Sudah lama dia tidak jumpa emak dan adik beradik, aku cakap pergi lah balik biar "mummy" jaga nenek dan cik Lie. Hari ini Olin di Labuan sebab jadi suppoter adik dia wakil Sarawak untuk bowling tournament. Nasib baik Farah nikah dengan orang Labuan, ada istana hinggap kat sana. Aku call Olin, dan juga bercakap dengan adik aku Yati, biarlah Olin pergi cuti sudah lama dia jaga Nenek & cik Lie dia. Biar aku pula ganti sementara dia bercuti.

Firman Allah SWT, dalam surah Al-Anbiya :35 yang bermaksud :

Setiap yang bernyawa pasti menemui kematian. Dan KAMI menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada KAMI lah kamu akan dikembalikan"


Sekejap lagi aku hendak ka HKL....

Friday, July 2, 2010

eh..eh.. tak sangka ada follower

Salam dear all...

Teruja nyer.
Sungguh saya tidak sangka. Dalam diam ada 5 followers.

Thank you.

Saturday, June 26, 2010

GARIS PANDUAN BERTEMAN

Tiba tiba teringatkan teman.

Manusia tidak boleh tidak untuk tidak berteman serta bersosial.

Begitu juga aku punya kenalan serta teman yang saban hari akrab berteman dan berinteraksi.

Akan tetapi, seseorang itu harus juga bersikap memilih dalam berteman.

Kekadang teman punya pengaruh yang kuat terhadap diri kita dalam membentuk keperibadian.

Firman Allah (QS Al-Kahfi [18 : 28])

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang orang yang menyeru Robbnya dipagi hari dan senja hari dengan mengharap keridaannya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaanya melewati batas.

Sebaliknya teman yang menggalakan untuk membuat kejahatan, tidaklah memberi menfaat.

Firman Allah(QS Al_Furqon [25 : 27-29];
Dan ingatlah hari (ketika itu)orang yang zalim menggit dua tangan sambil berkata " Aduhai sekiranya dahulunya aku mengambil jalan bersama sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagi ku; sekiranya aku dahulu tidak menjadikan si fulan itu teman baik ku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Quran ketika AlQuran itu telah datang kepadaku. dan adalah setan itu tidak mahu menolong manusia.


...nanti sambung

Thursday, June 24, 2010

WANITA KUAT MENTAL

Wanita lebih kuat dari lelaki?

Pada pendapat saya mental wanita jauh lebih kuat dari lelaki.

Secara fizikal, lelaki adalah mahluk yang lebih kuat, gigih, dan macam macam ketahan diri yang tidak ampuh bila dibandingkan dengan wanita. Paling tidak begitulah stereotip yang ada dalam benak banyak orang.

Secara am wanita lebih mampu bertahan hidup daripada lelaki. Mengapa demikian ? Banyak alasannya, termasuk di antaranya:

Pada usia muda, kebanyakan lelaki meninggal akibat kemalangan (dijalanraya ataupun ditempat kerja) dibanding wanita. Lebih banyak lelaki yang terbunuh atau bunuh diri (contoh baik – REMPIT, jadi doctor tanpa tauliah) dibandingkan wanita. Diketika usia muda remaja kebanyakan remaja lelaki mengalami “badai testoterone” sehingga gejolak untuk melakukan perkara perkara yang berbahaya dan meningkatkan paras “adrenalin” lebih tinggi.


Jika dibandingkan lagi antara lelaki dan perempuan; wanita lebih sering merasakan sakit. Mereka juga lebih sensitif terhadap rasa sakit. Meskipun begitu, wanita mampu menangani rasa sakit itu dengan baik dan jarang mengeluh. Contoh terbaik; ketika mengandung dan seterusnya MELAHIRKAN. Sakit ketika melahirkan Allah saja yang mengetahuinya.

Ada satu artikal yang saya pernah baca (tidak dapat saya catit kerana lupa), lebih kurang 30 peratus wanita mengalami sakit sendi berbanding lelaki. Tapi hebatnya, rasa sakit yang dialami tak membuat aktiviti harian terganggu. Mengurus rumah tangga dan bekerja tetap dilakukan seperti biasa, tanpa mengeluh (sebab tu kalau ada chance boleh ka SPA untuk mengulit dan santai memang tidak akan lepaskan peluang)

Wanita seringkali dicap sebagai pemandu yang buruk, tapi yang banyak meninggal di jalan raya adalah lelaki juga.

Kebanyakan lelaki “kurang” patuhi undang-undang jalanraya Kemalangan jalanraya kerana tidak mematuhi undang-undang biasanya berakhir dengan kecelakaan.

(Nota : Kepada atok, bapak-bapak, abang-abang & lelaki-lelaki diluar sana...jangan marah haaaa...saya cuma berceloteh saja)

Sunday, June 20, 2010

HIRE PURCHASE FINANCING

HIRE PURCHASE FINANCING

Calculation of Instalments or Rebates by RULE 78

How much does it matter in a typical hire purchase financing?

- Macam mana “interest” di “charge” kedalam principal dan perkiraan untuk bayaran bulanan.

Contoh :

Jumlah pinjaman: RM30,000
Interest rate: 7.3% per annum
Tempuh pinjaman: 4 years (48 months)
Bayaran bulanan: RM807.5

Macam mana monthly instalment derived?

RM30,000 x 7.30% x 4 = RM8760

RM30,000 + RM8,760 = RM38,760

RM38,760 / 48 = RM807.50


Rule78 juga digunapakai untuk mengira berapakah jumlah pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam sebelum tempoh pinjaman selesai(i.e Early Settlement)

Jika peminjam itu bercadang untuk langsaikan pinjaman awal iaitu sebelum habis tempuh pinjaman, peminjam perlu membayar sedikit tambahan kerana bayaran awal. Maka peminjam kena bayar tambahan untuk bayar "bunga" yang di"charge", dan ditambah dengan wang “pokok”. Rugi..rugi..kan. (memang kena cekek darah)

Contoh :

Jumlah pinjaman: RM30,000
Interest rate: 7.3% a year
Tempuh pinjaman: 4 years (48 months)
Bayaran bulanan: $807.5

Pinjaman mula - Bulan January 2010

Bayaran pertama - February 2010

Macam mana perkiraan untuk "early settlement"

Katakanlah bulan Ogos nak settle semua.

Instalment pertama February hingga Ogos = 7 bulan sudah bayar

Cara nya :

7(7+1) / 48 (48+1) x RM8760 = RM208.57 (Rebate)

RM807.5 x 7 = RM5,625.50

RM38,760 – (RM5,652.5 + RM208.57) = RM32,898.93 (Jumlah yang perlu dibayar untuk langsaikan hutang)

Contoh jika pinjaman dah berlalu 24 bulan dan hendak langsaikan hutang (juga dipanggil early settlement)

24(24+1) / 48(48+1) x RM8760 = RM2,234.69 (Rebate)

RM807.5 x 24 = RM19,380.00

RM38,760 – (RM19,380 + RM2,234.69) = RM17,145.31 (Jumlah yang perlu dibayar untuk langsaikan hutang)


Nota :

Ini adalah cara conventional!!!!

THE CONVENTIONAL TABULATION

The conventional way..

Bila tengok balik ...kesian peminjam peminjam kan.
The compounding figures ... really terrible & horrific!.

Sekarang sedang belajar the Islamic Way (Banking/Financing)....

Dulu dulu gunakan juga calculator biasa. Tapi bila financial calculator sudah digunakan secara meluas..habis semua cara manual (guna minda) dan (guna kertas conteng!!! / working paper).

Kebaikan cara manual ni..otak cepat "tangkap" - at a glance boleh tahu apa final figure. Nak kena asah agar tidak tumpul, harap harap tidak karat. InsyaAllah ingat lah lagi formula formula tu. Banyak juga terma terma yang masih daku ingat. Maka diluahkan disini boleh juga buat perbandingan. (untuk belajar saja boleh lah tapi jangan praktik sudah la...)

Base Lending Rate dulu bukan main lagi melambong lambong. Spread rate (kadar sebenar yang peminjam kena charge oleh pihak pemberi pinjaman). Kadar tersebut pun bukan macam sekarang pakai minus minus, dulu semua plus plus. Paling max spread rate yang akan di-"impose" pada peminjam ialah BLR + 4% (kadar spread 4% itu pun ceiling yang dibenarkan oleh pihak berwajib, agaknya jika tidak ada yang pantau entah berapa lah yang akan pihak pemberi pinjaman tu akan charge!!). Bila kira balik ERR (effective rate return) ..patutler "Ah-Beng Berlesen" kaya raya.



The Yearly Rest Formula :



The super-calculation computation :

Trial 1

((((16/100)*(((16/100 + 1)^(M/12)))/(((1 + (16/100))^(M/12)) - 1))*(1000/12))


Trial 2

(((((1625/100)/100)*((((1625/100)/100) + 1)^(M/12)))/(((1 + ((1625/100)/100))^(M/12)) -1))*(1000/12))


Trial 3

(((((165/10)/100)*((((165/10)/100) + 1)^(M/12)))/(((1 + ((165/10)/100))^(M/12)) - 1))*(1000/12))


Where as:

R - Interest rate (@ 16% / 16.25% / 16.5%)

M - Number of months

P - Principal sum

Y - Year

----------------------------------------------------------------

The Monthly Rest Formula :





The Super-calculation Computation :

Trial 1

(((1000*(16/12))*((1 + (16/1200))^M))/((((1 + (16/1200))^M) - 1) *100))


Trial 2

(((1000*((1625/100)/12))*((1 + ((1625/100)/1200))^M))/((((1 + (1625/100)/1200))^M) - 1) *100))


Trial 3

(((1000*((165/10)/12))*((1 + ((165/10)/1200))^M))/((((1 + (165/10)/1200))^M) - 1) *100))



Where as:

R - Interest rate (@ 16% / 16.25% / 16.5%)

M - Number of months

P - Principal sum

-----------------------------------------------------------------

Lepas ni macam mana nak kira jika ambil loan kereta (Hire Purchase)

Wednesday, June 16, 2010

EQUATION OF LIFE

Teen age:

Have Time + Energy = No Money




Working Age:

Have Money + Energy = No Time



Old age:

Have Time + Money = No Energy

Tuesday, June 15, 2010

KLKL (Kenangan Lalu Kuala Lumpur)

Nostalgia...

Pinjam Buku

Dulu dulu selain suka ka library kat Dataran Merdeka tu..selalu juga pinjam buku secondhand kat kedai mamak (kedai mamak tu juga jual gula gula/ jajan..majallah). Tapi kat kedai mamak tu kena letak deposit (tak ingat pula berapa ringgit kena bayar)..dulu dulu suka pinjam buku cerita cintan cintun...ha ha ha entah apa apa tah..


Hand Phone (gedabak!!!)

Dulu ada juga hand phone tapi gedabak...so kena bawa phone yang seolah olah macam bag jebon (lupa lah nama phone tu apa). Lepas tu connection kena kat horn kereta, bila ringing habis semua orang tau, apatah lagi jika singgah sekejap kat kedai untuk beli barang.

Pernah sekali tu hantar kereta untuk service. So angkut ler phone tu masa naik bas mini .Dah tu dulu dulu di Kay El kan selain bas Sri Jaya yang panjang ada bas mini..


OWH...Mini Bas

Bas mini is da'best!!! Guarantee cepat sampai, memang tak ikut undang undang punyer drebar. Bayangkan kerja kat PJ (dulu kerja gomen)..time hari jumaat memang heaven..shopping sakan kan Jalan TAR (apa lagik...Globe Silk Store la..Bas Mini 35 dari State,PJ terus ka Jln TAR) So dulu punya bas mini , jika berdiri memang kepala cecah bumbung (masa kat Bandung teringat bas mini KL)..ngeee..best. Yang lagi tak boleh tahan bab conductor bas akan jerit.. masuk belakang..penuhkan belakang. Teruknya service bas dulu kala kat Kay El. Very Happy

Selepas nostalgia bas mini..terkenang bab hand phone yang gedabak tu. Yang 010 memang kena bawa macam bag jebon.

Lepas tu handphone macam walkie talkie bila pegang segenggam, lepas tu handphone tu berkati kati beratnya. Teringatkan satu peristiwa dimana group marketing kami diraikan so pergi lah ka restoran untuk makan malam. Semasa makan tu mamat mamat yang ada handphone "gedabak" tu letak handphone mereka kat satu meja. Jadi bila ringing satu phone semua dok terjah....masa tu siapa ada h/phone kira sudah "besar" ler...


Taxi Kay EL

...lagi satu

Bab naik teksi. Bila tengok orang tahan teksi kat sini..kena cerdik sikit (ala ala potong Q) berjalan ka depan sikit..so bila teksi datang kita dapat dulu. Sekarang dah ada teksi stand dah..otomatik kena Q

Teksi dulu wakna hitam putih/kuning..lepas tu mesti tau yang teksi berhenti kat depan rumah sebab bunyi engin teksi memang semacam/sebentuk (gedek..gedek..gedek)..tak silap jenis teksi dulu dulu jenama peugeot..luas.

Meter teksi dulu jenis analog, jika jalan jam rugi ler drebar teksi tu sebab meter pun turut tak gerak.. Dulu buka pintu teksi baru 50 sen, sekarang pegang handle pintu teksi dah RM3..itu jika teksi biasa, jika premium teksi dah RM5..lepas tu setiap beberapa meter jalan samada jam atau tidak meter teksi tetap berjalan....

drebar teksi dulu selalunya "tokay separuh umur" sekarang ni macam macam bangsa dah jadi drebar teksi...



Thursday, June 10, 2010

UKHUWAH

Sesungguhnya Islam amat menitik beratkan persaudaraan. Islam juga mementingkan agar sentiasa bersatu-padu.

Dalam surah Ali Imran/3:103 ; firmannya :

"Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada mu ketika dahulu (masa jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu kerana nikmat Allah, mejadilah kamu orang yang bersaudara; dan kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk"


Persaudaraan iman adalah anugerah Illahi.Hanya Allah sahaja yang menyatukan hati-hati mereka dengan hikmah nya.

Firmannya lagi dalam surah Al-Anfal/8:62-63

"Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongannya dan dengan para mukmin. Dan yang mempersatukan hati mereka (orang orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia maha perkasa lagi maha bijaksana"

Seorang muslim yang berakhlak tinggi tidak suka mendengar aib/kekejian tersebar dikalangan masyarakat sesama Muslim.

HR Muslim No. 2580, Nabi (SAW) bersabda:

"Barangsiapa menutupi (cacat/keburukan) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (cacat/keburukan) nya pada hari kiamat"


Jadilah kita sebagai seorang yang pemaaf.

Tuesday, June 1, 2010

MOM ON HUNGER STRIKE

23/5/2010 - Olin, my lovely lil-niece, text to inform me that "salam mummy, kiteorang semua x pergi hospital..semua demam." @13.49pm

The above text was forwarded to me coz its a routine that I will go and fetch my mom & Olin to take them to visit Rosli (now in coma for 28 days) in HKL.

TBC...

Today is off-day for Ariff, so together with Azry, we headed to HKL to visit Rosli. Before that we all have lunch in BRJ. After a while in HKL, to give some motivation to Rosli, we went off to Jalan TAR to window shop and have a look at decorative shop namely SSF. I would say the goods were expensive. I would prefer the decorative/gift displayed ... in KK Homedeco.

A few items which I admired; but hold-on...must jot down which shop would that be. Then we all bought drinks..MasyaAllah..the chendol was muachhhh nyum nyum nyum superb. I love it!!!

TBC...

@ around 16.00pm received called from Olin to inform that my mom would like to see me. I said okay..we all should be on the way right now.

Arrived at my mom's place I was told by my youngest brother Azhar that, the 2 sisters of ours (Shimah & Kak Miah) not able to pursuade mom to go to clinic. I took mom, olin, Ariff & Agy to the clinic. Doctor ... said nothing to worry, it should be ok.

After having little bit of food & drinks, I told mom to take the medicine as prescribed by Doctor. At 20.00pm all of us went home.

@ 22.00 pm Olin called that, my mom had a "fits". They took mom to HUKM.

@ 22.15 arrived HUKM . straight go to emergency ward. Doctor called, when we entered my mom was very puzzled and asked why she was in the hospital.

The doctor who administered my mom told that, her bp was very low. She also lacked of salt & sugar. That was due to mom did not take proper meal or maybe did not take any food at all. Aduiiii...my mom mogok lapar!!! (on strike).

Doctor put some glucose to increase the sugar level; unfortunately it rose up to 22. So, they have to reduce it. The houseman had not diluted the salt content resulted the MO got to wait and monitor a bit longer to administer the drip.

@ 24/5/2010 Time is already 2.00am. I told mom that since Shima & Olin is around, so i will have to go home. My mom said not to leave her alone in the emergency ward. So Shima, Olin, Along & myself become bodyguard. Very very sleepy..

The MO told if everything fine by 4.00am, my mom will not be admitted to the ward. When my mom heard of if she was very happy and keep on asking what is the time...

@ 4.40am, I went home after Mom was placed at the day-ward in emergency dept. 5.30am woke up and wake Ariff. After Subuh Prayer, I send Ariff to work. However, Ariff said, he wanted to see granny and will ask for EL. So we went to HUKM.

@ 8.00am the staff nurse told that the sugar level is still very low which is at 6. According to her it is no good because the drip is on but the sugar level still low. So I bought bun & milo for mom. I even bought porridge for her.

@ 9.00am Ariff help me to get Olin to take her bath and get some personal things of my mom. I also told Ariff to get the Guarantee Letter from DBKL. Before that we have our breakfast at the canteen.

@ 11am another sugar level test was conducted. Now the reading was 8.8. I waited for the MO to give their comment.

@12.30 was told that my mom will be discharged. I called Ariff

@14.00pm my mom was allowed to leave the ward. We send her home. I headed to my office to notify that I am on EL & took the sambal ikan bilis which I ordered (unfortunately things went hair-wired not able to get the food as promised ---I said owh..wow we planned but without Allah willing ; Subhanallah...)

@16.00 went to HKL to visit Rosli.

The END.

Saturday, May 29, 2010

29 April - ROSLI kemalangan (Satu catatan)

29 April 2010 - My beloved brother Rosli met with an accident when he was on the way back home. He was everybody "sweetheart" and everybody love him so much. Give him support. Let us pray and doa for him ; may Allah grant him the Best and recover soon. InsyaAllah

Pada 29/4 - saksi seorang berbangsa tionghua telah membuat laporan ka Ibu Pejabat Polis Trafik memaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa Rosli. Baik sungguh Mr Wilson, bersusah payah ka Balai Polis pada jam 9.30 pm untuk melaporkan kejadian tersebut.

Pada jam 3.30 pagi, tanggal 30 April telah terima panggilan ... dari hospital KL, lagi satu major operation mesti dilakukan, kali ini disebelah kanan. Ya Allah permudahkan untuk Rosli. Segerakan beliau sembuh. Aku bergegas dalam perjalanan ka HKL, jam 4.15pagi lagi satu panggilan aku terima dari pihak hospital, aku beri arahan, segerakan dan lakukan yang terbaik, aku izinkan. Terima lah arahan "verbal" dari ku ini, usah berlengah lengah lagi.Demi adikku Rosli.

Pada 1 May 2010, 6.30 pagi, aku dan Yati ka HKL melawat Rosli, bengkak wajah Rosli.

Rosli juga dibawa untuk Scan kepala nya. Muka Rosli sangat bengkak. Mungkin kerana terkesan dek operation.

Kali in waktu lawatan tengah hari, ramai juga sahabat dari pejabat Rosli datang. Wow, sebelah petang lagi ramai. Kak Nab pun datang.

Pada 2 May 2010, jam 6.30 pagi aku membuat lawatan routine bersama Yati & Kak Saadiah. Subhanallah, ada perbezaan, sudah nampak bentuk rupa Rosli

Aku pulang, tapi jam 10.00pagi dapat panggilan dari pihak HKL, katanya perlu dapat consent untuk lakukan satu lagi procedure. "TRACHEOSTOMY". Aku bergegas ka HKL dan pergi ambil Yati & Kak Yah kat rumah mak.

Jam 11.30 pagi sampai HKL, pergi jumpa Dr yang ingn melakukan procedure tersebut....

Jam 12.30 t'hari, ramai sahabat Rosli datang menziarah, termasuk Rahimah & Zainal, Kawan kawan Rosli di Sri Pulau Pinang, Kak Sapiah yang selalu Rosli tegus kat pejabatnya dan ramai lagi.

Jam 4.30 petang, wow..lagi ramai kawan kawan Rosli datang. Ustaz Hilmi AFN pun datang kerana tolong carikan air zamzam untuk Rosli. Kesian sampai tayar panjit semasa on the way to HKL.

Aku sangat tersentuh..tapi tak mahu tunjukkan dan control my voice... Rosli responded---->tanya saksi lain Ijot, Yati, & Olin. Subhanallah. Allah maha Agung. Semoga segera adik ku Rosli sembuh seperti sediakala dan Allah beri lagi yang terbaik kepada Rosli. InsyaAllah. Amin


Aduh..sekarang menanti pihak HKL confirm kan jam berapa operation untuk procedure Tracheostomy tersebut akan dilaksanakan. Ya Allah Selamatkan adik ku Rosli, permudahkan urusan mereka mereka yang melaksanakan nya. Amin ya Allah.

Tanggal 2 May 2010 jam 6.30 pagi aku ka wad Neuro ICU, bersama Yati. Aku bacakan Fatihah juga ayatul Qursi. Suruh Rosli mengucap setiap kali sedar dan juga baca zikir zikir yang mudah. Aku juga zikirkan dan Subhanallah...Rosli responded..seluruh lengan kiri diangkat..dan nurse tanya dia ada buka mata? Aku katakan tidak ..sebab "taik" mata so melekat.

Semoga kita sama sama doa dan beri semangat pada Rosli. InsyaAllah...Amin

@ 6.30 am went to visit Rosli in HKL. Responded good. He angkat his tangan kiri. WOW what a surprise. He really got his will power and determination. Lets pray & doa him more. InsyaAllah he able to make it. Amin.

Jam 1.30pm ka airport hantar my second son for his journey to Jakarta. He is heading the FD

Jakarta on 8/5 till 9/5. Will be back to KL ...

@ 4.00 pm I reached Neuro ICU, nobody at his bed. So I baca Alfatihah, Ayat 3 Qul, Ayatul Qursi dan zikir zikrullah. Begitu juga pesan pada Rosli mengucap selagi ada peluang. Juga banyak kan bersalawat keatas jujungan kita Nabi Muhammad SAW.

.......Subhanallah. Rosli menangis. Tapi aku tidak mahu menangis..aku tak mahu perdengarkan suara aku yang sebak..bila sebak aku segera mengelak..aku tak mahu semangat adik ku Rosli turut jatuh. Ya Allah kuatkan semangat adik ku Rosli beri lah jiwa yang kental dan yang terbaik untuk Rosli. Amin ya rabbul Alamin...

4/5/2010 . Pada jam 2 am terima panggilan dari Kak Miah (Mak Long) ---> Pakcik Jamal telah pulang ka rahmatullah pada jam 11.30malam (3/5) . Innalillahiwainnaillahi rojiun. Semoga Allah cucuri rahmat kepada roh PakCik Jamal.

Seperti biasa aku ka Neuro ICU pada jam 5.45am bertolak. Untuk elakkan jalan nan sesak..mandu ikut terowong SMART. Sampai ... jam 6.15am. Terus ka tingkat satu wad Neuro ICU. Para nurse sedang membersihkan Rosli. Ada minor pembedahan dijalankan malam tadi rupanya. Para surgeon telah lakukan procedure TRACHEOSTOMY pada Rosli. Nampak ada perubahan, tak banyak air liur meleleh lagi.

Ada response yang bagus lagi...beberapa kali Rosli naik kan tangan yang sebelah kiri..sebelah kanan cuma menaik naik kan bahu sahaja (aksi seperti orang tak tahu = naik naik kan bahu)

Akan tetapi panas juga demam yang dialami oleh Rosli. 39 darjah celcius. Nurse akan tukar anti-biotik untuk Rosli.

Ataupun..adakah mungkin terlalu ramai yang melawat = jadi exposed to berbagai virus?

Please..please..please sesiapa yang lawat Rosli sila BASUH TANGAN ANDA sebelum pegang Rosli.

4.45pm di HKL. Nurse cakap mungkin nak pindahkan Rosli ka wad biasa..

Hurmmmm..rasa macam OK kah or Tak OK kah?

Apapun yang chun bila nengok Rosli yang SYOMEL menguap...dan angkat tangan kiri..wow response !!!!...

Doa semoga Rosli betul betul sembuh dan Allah beri kemudahan pada Rosli. InsyaAllah..Amin

5/5/2010 @ 6.30-7.00am. Rosli berpeluh. Nurse kata dia demam 38Celcius.

Terus ka JPJ , Padang Jawa. Hurmmmm...kena interrogate sebab body part & tinted problem --->Kelisa (Perodua) ...From 8am only 11.35am baru selesai, First inspected the car by the inspection personnel. Then go to Pintu 2..then to pintu 1..the officer (3 paku dan Ketua Pengarah JPJ Negeri Selangor) asked a lot of question ... plus who has been driving that car? bla bla bla .Then terus shoot to HKL.Ijot dah call.

@1.45pm arrived HKL..NO PARKING!!! pusing pusing at last dapat 1 space di Wad Bersalin..he he he menapak sampai Wad Saraf. I was told that Rosli transferred to Wad 4A Acute Cubicle, Bed No. 5. Rosli Still tidak sedar. He is still in coma but without the life support.

@3.21pm now nak ka HKL but go to mak's place and go to spital together gether.
Doa & doa & doa....InsyaAllah Amin.

6/5/2010 pergi lawat Rosli @ 12pm. Rosli demam lagi.

@3.30pm hantar mak ka HKL, aku ka pejabat

@6.30pm dari pejabat pergi lawat Rosl dan hantar mak balik rumah.... ...

Secara keseluruhan Rosli tak banyak perubahan cuma demam yang tidak turun antara 37Deg Celcius - 39 deg Celcius.

Apa nak buat; any idea?

7/5/2010 @12.30pm = Nurse beritahu Rsli demam sangat panas pagi tadi @39dec celcius. Mereka mandikan Rosli. Demam turun sikit jadi 37deg.

@4.45pm sampai HKL. Rosli masih demam lagi.
Aku sedih, sangat sedih kerana hanya sedikit saja response yang Rosli beri. Hanya setakat angkat tangan kiri dan mengeliat...itu sahaja.

Ya Allah, ampunilah dosa adik kami Rosli. Kau berilah yang terbaik untuk Rosli ya Allah...

Hari ini sama juga..tidak banyak yang berubah. Rosli dalam keadaan demam yang dapat aku catitkan 37.4deg celcius (masih dalam category tinggi demam nya)

Sesungguhnya memang Allah menguji umat nya. Subhanallah semasa Rosli ditukar ka wad Acute Cubicle tempoh hari, dihadapan katil Rosli pesakit tersebut telah menghembuskan nafas terakhirnya...begitu... juga sekarang ini disebelah kanan katilnya...pun pesakit tersebut dalam keadaan nazak. Sungguh kematian itu adalah kiamat kecil..ianya demi memberi peringatan kepada yang masih hidup.

Peringatan...

Today @ 11.45 am sampai di HKL. Got to wait coz' waktu lawatan is @12.30pm .

Hari ni nurse kata, semasa mandikan Rosli dia terkentut kentut. Ini satu petanda baik katanya, sebab jika tidak kentut mungkin ada mudarat. Rosli juga buang air besar dengan jumlah yang kecil, masih ada lagi najis dalam saluran kata nurse. Mereka akan beri ubat untuk ... melawaskan.

Tangan kiri Rosli bengkak, aku maklumkan pada nurse. Mereka cabut jarum drip tersebut dan cucuk di tempat lain, tetapi tidak mudah sebab susah nak cari urat.

Nurse juga memberi peluang kepada aku untuk beri Rosli minum susu dan air zam zam melalui tiub.

12.30pm Rosli batuk dan tak demam.

Tak banyak perubahan...

Jom doa dan doa lagi buat Rosli....Allah Huakhbar


Owh..lagi satu jam 2pm tadi dia ditukarkan ka wad yang sama tapi di Cubicle 3. Disitu panas, kesian Rosli pasti demam semula nanti.

11/5/2010 - Kesian mak nak datang awal katanya. Rosli tiada apa apa perubahan

12/5/2010 - Hari ni hari jururawat rupanya.

Rosli sudah boleh gerak gerak mata, Bila aku cakap aku nak balik. dia ada buka sedikit mata. Aku cakap aku nak balik, jika Li faham kelip kan mata..dah Rosli kelip kelip kan mata...tak caya tanya Olin...

13/5/2010 @ 12.30pm sampai rumah mak. Fetch her and send to HKL.

Setiba di spital Rosli dah tukar katil. Now dekat dengan tingkap & aircond. OK juga, tidak tu kesian berlengas dia.

Hari ni nampak macam Rosli sakit, dia menggigil. Menggiggil kesakitan. Aku tanya nurse kenapa jadi macam tu......

Nurse kata sebab mereka tukar apparatus dileher Rosli, mungkin mereka terlanggar bekas luka kat leher tu, maka menyebabkan Rosli mengalami kesakitan yang amat sangat.

Selepas diperbetulkan barulah Rosli nampak stabil.

Ayoh kita doa lagi untuk Rosli. InsyaAllah. Amin ya Allah.

4/5/2010 @ 12.30 hantar mak ka spital..aku tak sempat nak nengok Rosli. Kesian aku nengok mak aku. Ya Allah kuatkan semangat mak aku tu...

6pm aku ka spital .Alhamdulillah parking senang pula. Aku sempat doa syifa untuk Rosl dan baca sebahagian surah Al_Kahfi (Surah Pemuda Gua..). Ustaz kata, kalau boleh jangan asyik baca surah Ya'asin sebab Al-Quran itu adalah penyembuh....dan Al-Quran punya 114 surah..

Hari ni Rosli tidak response..mungkin dia tidor agaknya....

Tapi kenapa hati aku rasa pilu...sungguh pilu bila aku lihat wajah ibu kesayangan aku...kesayangan kami.

15/5 - Rosli ditukar wad lagi... kali ni bukan dalam bilik tapi kat luar bilik dah..

Sedih pulak nengok dia kat katil tu...huhhhh.

Kenapa pula aku menangis niehhhh.....

16/5 - Rosli masih macam biasa.

Tahir datang, Shimah & Zainal pun ada.

Mak pula sakit pinggang - kesian....

Olin nak ka KK pada July ni.. aku cakap mak tak payah ikut, pandai lah kami uruskan mak disini. Cuma risau biarkan mak sorang sorang kat rumah.

So, routine nanti, bila pagi, harap Ja'ar beri mak makan ubat dulu..ataupun Shimah datang hantar makanan suruh mak makan ubat.

Tengah hari aku datang hantar mak ka spital.

Petang, lepas habis kelas Ja'ar ambil mak sebab aku kena ambil Ariff.

So mutually macam tu lah. InsyaAllah semoga berjalan dengan lancar. Amin

17/5 - sorry tak update la...

Hari ni memang meletihkan.
Pagi hantar Ariff.
T'hari ambil mak..hantar ka spital....

Rosli demam panazzz 39degree celcius. Bibir dia nampak hitam dan kering..kesian mengelupas. Panas agaknya.

Kami urut tangan , kaki ...

Hari ni cuma sempat baca Fatihah & Qursi saja.

Sebenarnya tak seronok juga bila nengok RosLi kat ward tu..tapi nurse semua baik baik belaka... lega juga rasanya. Tak apa lah ada hikmah tu...

Sebelum balik aku sempat picit picit pergelangan tangan RosLi, dia mengeliat dan angkat tangan dia.

Nurse kata, dia response sebab sakit, tapi nurse kata sebab suhu badan dia panas dan demam maka dia malas nak buat pergerakan.

Teruskan stimulate. Mudah mudahan dipermudahkan dari Allah..InsyaAllah. Amin


8/5...hurmmm terperanjat juga!!! cari cari Rosli tak ada kat katil dia..rupanya kerana demam..dia dibawa masuk ka Cubicle 2 pula.

Nurse kata dia kena infection. Semoga Rosli segera sembuh!!!

Lagu satu aku perasan ada star kat kepala katil Rosli. Aku tanya nurse star tu untuk apa.....

Dia kata labelling purposes sebab patient ada infection..Ya Allah segerakan adik ku Rosli sembuh seperti sediakala ..Amin Ya Allah.

19/5 - Hari ni kena pergi 2 tempat sekali gus.

1st ka Masjid Muhklisin, Alam Damai gi jumpa Pak Imam. Alhamdulillah dah selesai. Ingatkan nak ka lagi setempat tapi,,masa membatas waktu..esok jer lah

Shoot cepat cepat ka rumah Mak (nenek Farah & Olin & Ariff & Agy & Anne & Emy..& the rest of the cucusss of Esah)....

Terus ka Hospital KL. Sampai sana mak & Olin pun turun. Fikir dalam waktu yang singkat--->tingggg!!! tak sampai hati tak jumpa Rosli. Aku pun park kereta. Alhamdulillah, mamat jaga kereta (bangsa india) sudah jadi saya punya "boy-fren" kihkihkih....orang lain dia halang..aku for sure dia bagi space..he he (power tak power si minah ni..kihkihkih).

Rosli, tidak demam hari ini; tapi ada drip sebab nurse kata nak stabilize katanya.

Doa ku Rosli segera sembuh dan sedar semula. Amin
20/5 - rosli macam tu juga..

Tapi semalam mak kata dia ada buka mata. dia cuma pandang kat satu arah saja..mak kata pandangan yang kosong. Aku tak nampak..so nothing to comment.

Hopefully aku pun boleh nampak juga..InsyaAllah.

21/5 - Aku risaukan mak. Badan dia susut banyak. Dia pucat betul. Hari ni demam/selsema & batuk. Dah beritahu usah masak & tak payah ka HKL..tapi memang mak degil...

Rosli macam tu juga..masih ada drip. Hari ni dia tak demam. Aku picit picit lengan Li, dan beritahu yang aku nak balik...cuma nampak perut dia beralun dan dia tarik nafas..mungkin kah Rosli response? Wallahu'alam
22/5 hari ni mak tak ka spital...mak sakit lar.. kesian dia. Tapi aku tak sempat nak nengok mak.

Hari ni..aku aja yang ka spital....kesian adik aku tu. so aku pula yang nangis..tak tahu kenapa aku mesti nangis..agaknya selama ni aku control macho kot...depan mak aku tak leh nak nangis....Rosli dah tak demam. Tiub untuk minum susu dah masuk ikut hidung bukan mulut. nurse kata better..sebab kat mulut nanti cepat infected...apa apa aja lahhh...aku percaya Rosli ponnnn nangis juga..woaaaahhhhh

23/5, tadi ka rumah Mak. Demam dan selsema.

Ka spital ngan Boy & Agy..rosli tidor tak da response.

Olin call jam 9.55pm ni...mak kena STROKE lagi.. now aku nak ka HUKM....

Ya Allah permudahkan urusan kami..amin

24/5 Mak masuk wad emergency semalam. Doktor buat pemeriksaan menyeluruh. Doktor nak pastikan demam KENAPA? Khuatir sekarang ni kerana AH1N1 menular dan Denggi pun sama.

Alhamdulillah demam demam tersebut -/ve (TIADA) .. cumanya nenek kurang GARAM & kurang GULA. Maksud nya nenek TIDAK MAKAN!!!!

Agaknya susah hati sebab Rosli kot......

Jam 4pm Boy hantar aku kai HKL, jumpa Rosli sekejap. Tak banyak beza. Cuma Rosli sudah susut..banyak susut badan dia

24/5..OWH lupa..nenek discharge from ward pemerhatian Kecemasan @ 2pm just now.

25/5 - Pergi lawat Rosli. Tiada apa apa perubahan. Ariff on call

26/5 - Sama juga. Terus ka Ampang Hospital fetch Ariff. Pergi makan kat Restoran AP (Ayam Penyet)

27/5 - HARI ini..memang aku tidak sempat nak lawat Rosli kat spital..Owh...terkilan nya.

28/5 - tADI ka HKL dengan Olin. Kesian mak tinggal sorang. Takot & khuatir tinggal kan dia sorang. Tapi Olin & me make sure dia mandi dan Olin buatkan air kopi O cair for her. Aku belikan roti kapas...masa amik kereta dari mechanic.
Today I attended an FCR add-on class. Started @ 8.30am finished @ 17.30pm.

Straight away to HKL.

I put the Franch Oil - arm & leg