Sunday, January 3, 2010

DARI KUALA LUMPUR KA VIENTIENNE KU MERENTAS SEGENTING KRA

Disini saya catat kan journal perjalanan ka Vientienne, Laos melalui jalan darat yang meredah Negara Siam.

Kereta dipandu oleh suami dan saya “dibenarkan” untuk pegang steering apabila meredah tempat yang bernama Surat Thani, (di Segenting Kra @ Ithmus of KRA)

Day 1 (Saturday)
6 Dec 2008 – Bergerak dari rumah kami pada jam 1.57pm dan singgah untuk having lunch disebuah kedai makan kat rumah yang bernama Suria Café.

4.30pm tiba di Sungkai, tapi kami singgah di R&R Ladang Bikam untuk solat.

5.11pm towards Tapah road is a bit jam (ada lori trailer rosak) then heading to Gopeng clear.

5.38pm exactly di Simpang Pulai lepas bayar TOL (kat situ ada road on construction)…. tetiba ,,, TUP TUP TUP cermin depan meletup (retak seribu). Aduhaiiii…. kena detour masuk Ipoh (betul betul simpang yang ada PETRONAS Gunung Lang, Ipoh).

Nasib baik ada bengkel (Bengkel Hairie Motor). Spare parts pula tak de. No choice kena cari hotel untuk bermalam di Ipoh (betul betul un”sangka”rable).

8.15pm Dok cari punye cari bilik hotel… semua penuh. Call my colleague di Jalan Yang Kalsom Branch to get corporate room pun tak dapat. Got no choice dikira darurat tidor aje kat hotel “chaplang” – Eastern Hotel (hurmmm lebih kurang RM60.00 aje..kira boleh la)

Day 2 (Sunday)
7 Dec 2008 – Selesai subuh. Pergi cari sarapan. Jumpa satu Gerai Hj Daud Bin Mat Jasak (di Jalan Dato Onn Jaffar, bersebelahan Restoran Haji Yahya) Gerai Hj Daud jual Yong Tau Foo & Mee Kicap manakala Restoran Haji Yahya ada jual nasi campur (pagi dah jual nasi) dan saya tengok ramai yang order Curry Mee (mesti itu menu killer kedai tu kot).

9.00am semasa dok berbual dengan pengunjung Restoran di situ ada yang syorkan supaya pergi ka LOKIN (aka Memory Lane, Ipoh). Di LOKIN ada jual berbagai barangan antique (asli & palsu). Saya memang suka barangan antique tapi tak ada cadangan nak beli pun. Entah kenapa tak tau.. tak ada urge untuk beli.

11.00am semasa dok berlegar kat sebatang jalan ada nampak satu group sedang shooting di Restoran Ayam Garam (non halal) – hosted by a famous chef in Hong Kong.. lupa pula tanya siapa nama chef tersebut.

11.30am tuan punyer bengkel called to inform that the mirror was fixed and ready for collection.

1.10pm baru dia arrived (hurmmm janji melayu….) to deliver the vehicle.

2.00pm check out from Eastern Hotel

3.15pm stop @ Sg Perak. Not bad R&R Sg Perak banyak perubahan, nampak bersih dan ada escalator (bagus ada social obligation by PLUS – I believe for the sake of orang orang yang berumur… Thumbs Up to PLUS :great ) Semasa turun escalator, ada seorang ibu sedang gendong anak kecil nya dan seorang tu umur lingkungan 4 tahun terkial kial nak naik escalator… so saya pun bantulah kanak kank tersebut sebut dia terlepas dari genggaman emaknyer nasib baik tak jatuh kat escalator tu… hurmmm mana ayah dia ya!!!)

7.05pm tiba di Changlun. Beli insurance (kena RM16.00) Negara Thai untuk kereta dan tempah bilik hotel (Lee Garden Hotel Plaza @ RM116.00) sebab dah malam kan better stop kat Hat Yai. Lagipun hujan selebat lebat nyer.

8.05pm aduiii….. kereta kena clamp sebab tak park kat parking lot (Pengajaran… .pi tempat orang jangan dok buat sesuka hati). Enforcement Thailand memang ketat… yet they can give a smiling face. Agaknyer kat Malaysia mesti dah kena dot..dot..dot)

9.50pm reached the Hotel. Malapetaka lagi… mamat yang kat Changlun tak contact Hotel… Bilik fully booked. But there are 3 more suites available so no choice top-up to upgrade for a suite instead… Entahlah memang disengajakan ka atau kebetulan. Anyway, bersyukur kerana masih ada tempat untuk menginap. Hurmm.. best juga kat depan hotel ada orang jual sotong bakar. Sotong tu digelek gelek dengan satu alat dan diberi sauce untuk dicecah. Surprisingly mereka Moslem dan cakap melayu tapi loghat kelate. (sepatutnya mereka cakap loghat utara tapi tak….). Juga jual pulut makan dengan mangga (sedap juga!!!).

Day 3 (Monday)
8 Dec 2008 5.35am Subuh and checked out. Breakfast kat hotel (makan roti bakar & minum coffee aja). Kami berbincang sambil buka Thailand Road Map. Saya tentukan which route to follow dan catitkan nama nama big cities yang bakal kami lalui dalam note book (ini untuk pastikan saya tak selalu buka map yang gadang tu). Saya juga pastikan the GPS GARMIN is functioning OK (download chip ka dalam Nokia Communicator) to ensure it smoothly set before start the journey. Tak sangka di Hat Yai saya nampak banyak masjid dan lelaki yang berjubah/serban serta perempuan bertudung labuh. Singgah kat salah satu masjid tapi tak sempat nak nengok mereka buat korban sebab katanya lembu tak sampai lagi time tu….

9.35am moved out but stop at tire shop to change 2 biji tayar, my husband cakap tayar ada geylong …. So tukar tayar.

1.34pm berhenti lagi kat kedai tayar sebab lupa nak buat alignment & balancing. (Peringatan… pastikan bila tukar tayar buat balancing dan alignment)

3.20pm saya pula drive (Surat Thani ka Chumphon)… Best sepanjang panjang perjalanan road condition is considered good. (Jika di Malaysia masuk je ka laluan yang signboard warna hijau kita kena siapkan fulus untuk TOL kan!!!… kat SIAM no TOL… freeway all the way.).

6.00pm berhenti di R&R and isi gasoline jumpa satu keluarga Moslem. Saya sangat terharu kerana katanya “As a Moslem I would like to invite both of you to be my guest and sleep in my house in Bangkok…aduhai…terharunyer saya dibuat nya..masih ada orang yang baik hati dan berbudi bahasa pada musafir…my husband tolak dengan hemah selepas berkali kali mereka offer)

10.30pm after meredah banyak town dengan R&R yang bersih (Cuma 2 tempat aje yang saya katakan dan klasifikasikan sebagai tak bersih sebab berbau.. so kami tak berhenti kat situ), kami berhenti di Ratchaburi sebuah Bandar di pinggir Bangkok dan bermalam di Western Grand Hotel (TB800 – murah sangat).

Day 4 (Tuesday)
9 Dec 2008 @ 5.35 woke up subuh, breakfast and check out. Again I read the road map to check the route that we are going to pass by. Semasa berhenti di sebuah R & R I saw PETRONAS pump station on the other road and took a photo (hurmmmmm bangga rasanya).

10.26am kami masuk kat satu nama jalan tu namanyer Borommatchachonnanee (panjang nyer)

12.30pm sampai kat town bernama Sara Buri. Kat sini ada restoran Moslem. Sepanjang jalan ada banyak orang jual jagung rebus. Kami berhenti beli juga sebab nak rasa jagung Siam heh he he….

2.20pm sampai Bandar Nakhon Ratchasima @ Korat, last year where SEA Game diadakan.

6.00pm sampai Udon Thani then Nong Khai iaitu bandar bersempadan dengan Laos.

7.20pm di immigration checkpoint Nong Khai.

8.35pm got clearance with Laos custom with regards to the vehicle that we drove.

Tammat.

Nota – Pengalaman yang tak mungkin dilupakan kerana telah meredah 2,248km dari Kuala Lumpur merentas Segenting Kra, Thailand hingga ka Vientienne, Laos.

Cost perbelanjaan termasuk tol kat Malaysia, hotel, makan, gasoline, tukar tayar totaling to RM820.90 (Selepas off-set claim cermin pecah dengan pihak insurance)

Team work mesti ada. Preparation dan perbincangan perlu sebelum memulakan sesuatu perjalanan. NOORAINI BOLEH!!!! :D

Pada tanggal 11 December 2008 saya naik plane untuk kembali ka Malaysia.

Alhamdulillah selamat, syukur ameen ya Allah.

TIPs MEMBELI RUMAH

Primary House

Membeli rumah terus dari Pemaju

Bayar deposit sekurang kurang nya 10%

Tandatangan Surat Perjanjian (S & P) (antara Pembeli dengan Pemaju)

Rujuk S & P – berapa hari Pemaju beri kepada Pembeli untuk menjelaskan baki harga rumah.(Bergantung pada Pemaju ada yang beri 21, 30, 45 atau 60 hari)

Segera bayar baki secara tunai mengikut progress rumah dibina

Atau dapatkan pinjaman perumahan

Sekiranya pembeli didapati lambat untuk membayar baki dalam tempuh yang diberi, Pemaju akan mengenakan denda diatas kelewatan kerana progress rumah dibina telah capai pada peratus yang tertera di Jadual G atau H dalam S & P dan mesti dilampirkan dengan perakuan oleh pihak Architech yang bertauliah berserta dengan Invoice dari Pemaju.

Jika ambil pinjaman perumahan pastikan segera dapatkan kelulusan

Bila dah lulus segera tandatangan dokumen pinjaman (antara Pembeli/Peminjam dengan Bank) di Firma Peguam yang dilantik

Jika ada EPF, uruskan untuk pengeluaran 10% tersebut (simpan untuk buat renovation rumah)

Peringatan sebelum bayar deposit 10%

Pergi buat lawatan ka tapak pembinaan lihat apa progress projek tersebut (Jangan percaya dengan model miniature yang dalam kotak cermin)

Jika tahap pembinaan rumah tersebut dah “advance” pastikan Pemaju beri surat pelepasan untuk tidak mengenakan denda diatas kelewatan.

Lihat “surrounding area” atau projek yang berhampiran

Jika surrounding area pun macam tidak berapa menggalakan jangan buat komitment.

Tanya/periksa siapa Pemaju tersebut. Ada track record yang baik sebelum ini atau punya projek terbengkalai. Siapa “parent company” (jika ada) pada Pemaju tersebut.

untuk makluman sebelum beli rumah boleh rujuk kat portal ..

www.hba.org.my/help/ab…ist_AB.htm

www.kpkt.gov.my/idaman/

check dulu manalah tahu projek perumahan tu terbengkalai ka, atau pemaju yang tidak bertanggungjawab.

JIKA RUMAH 2ND HAND

1) Sale & Purchase Agreement > Pertama tamanya semasa beli rumah (sub-sale), dapatkan khidmat solicitor/lawyer yang kita appoint . Ini demi menjaga kepentingan dan hak kita sebagai pembeli. Harga rumah bukan murah, maka tak pe kita berbelanja sikit tapi kita boleh desak solicitors yang uruskan urusan dokumentasi tersebut. Maksudnya semasa urusan penyediaan Sale & Purchase Agreement. Infact, you can argue on certain clause(s) that you tak setuju dengan penjual. Lazimnya S&P disediakan oleh solicitor acting untuk penjual.. maka S&P tersebut berat kepada penjual kerana cost pembiayaan dibayar oleh penjual. (To me lebih baik gaduh dulu dari meleret-leret silap silap sale aborted 10% d/payment boleh jadi burn)

2) Strata Title > buat search masa mula mula deal. Get our appointed solicitors buat search. Individual Strata title tak akan nampak maklumat yang “hidden/tersembunyi”. Solicitors yang diappoint oleh kita perlu buat search terhadap Master atau Block Title di Land Office. Disitu baru lah kita dapat segala butirannya. Jika status strata title tersebut adalah “Hakmilik Kekal” – maka mudahlah urusan nya.
Tapi … jika “Hakmilik Pegangan” – ini cerita sikit panjang. Selalunya ada sekatan. Sekatan ada macam macam pula tu. Kebiasaan nya, Tak boleh dipindah milik melainkan dengan kebenaran pihak berkuasa negeri, dan lain lain lagi.

3) Developer/Pemaju > adakah mereka benarkan urusan jual beli jika kurang dari 5 tahun daripada pemilik rumah yang pertama. Masih ujudkah pemaju tersebut. (Disinilah sesiapapun yang nak beli rumah baik baru atau lama, pastikan record pemaju tersebut bagus).

4) Bank Loan > Penjual rumah tu masih ada loan lagi ka?

a) Mesti ingat (clause 3+1), “+ 1″ tak bermakna lepas jangkamasa 3 bulan penjual tak charge you bunga diatas kelewatan didalam urusan dokumentasi secara keseluruhan, walaupun dia beri you leeway 1 month. Tapi jika ada “mutual” understanding dan penjual izin untuk waive than should be allright.

b) Mengenai jika penjual ada loan atau tidak. Perkara ni adalah penting juga sebab sekiranya dia ada hutang dengan bank melebihi dari harga rumah yang dia jual… maka beza antara nya dia perlu langsai pada pihak bank. Jika dia ada masaalah nak langsaikan, itu yang jadi persoalaan nyer.

……lepas ni kita cerita pasal stamp duty pula

STAMP DUTY (HARTANAH)

Scale nyer lebih kurang macam ni.

Stamp duty ikut market value atau harga belian whichever is higher.
1st RM100K = 1%
up to RM500K = 2%
The balance = 3%

contoh :
Harga rumah RM620K
RM100K x 1% = RM1000
RM400K x 2% = RM8000
RM120K x 3% = RM3600
Total = RM12,600.00 (Stamp duty fee for transfer)

campur = Loan documentation fees = RM2,000 (katalah loan RM400K)
campur = registration of the strata title in land office = RM500
campur/tolak = the professional & misc fees = RM10000
Grand Total = RM25,000

Lebih kurang macam itulah.

SPAGHETTI LEMON

SPAGHETTI LEMON (CARA ANAK KU)

Bahan bahan
Spaghetti
1 biji Lemon
1 biji Bawang putih
Crab Stick
Udang
Olive oil
Basil leave
Rosemary leave

Cara

1. Masak air. Mendidih masukkan minyak olive. Masukkan Udang dan crab stick.
2. Masukkan spaghetti
3. Keluarkan dan tos spaghetti, udang dan crabstick
4. Crabstick dipotong dalam seinci
5. Ambil pinggan dan tenyeh bawang putih kat pinggan (untuk dapatkan aroma). Bawang putih tu dicincang halus.
6. Masukkan Spaghetti kedalam pinggan yang dah ada aroma bawang putih, masukkan bawang putih, udang dan crabstick
7. Perah lemon dan masukkan basil dan rosemary leaves, gaul semua bahan
8. Siap untuk dihidang dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba. Memang mudah.

UDANG MASAM MANIS

RESEPI KEGEMARAN ANAK ANAK

Bahan-Bahan:
1/2 kilo udang besar
Serbuk kunyit
Garam

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 botol tomato puree
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah
1/2 cawan air.
1 biji tomato
1 pokok daun bawang & daun sup
Sedikit tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Minyak

Cara caranya:
1. Gaul udang dengan kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak. Tos dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang halus.
3. Bila naik minyak dan wangi bawang merah/puteh masukkan tomato puree dan cili sos
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Untuk pekatkan kuah larutkan tepung jagung dalam air, bila mendidih masukkan udang dan gaulkan rata.
6. Hiaskan dengan daun sup/bawang dan hidangkan.

Violaa…
Bon apetit!!!

LAKSA MAK ESAH

Asam Laksa (hidangan untuk 4 – 5 orang)

Bahan-bahan (A)
1 bungkus laksa -direndam dalam air panas sebentar kemudian tos kan
1 biji timun dihiris
3 biji telur rebus
4 – 6 biji limau nipis
1 biji bawang besar dimayang

Bahan-bahan untuk kuah:-
4 – 6 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
8 – 10 keping asam keping
Beberapa tangkai daun kesum
2 – 3 batang bunga kantan

Bahan kisar :-
Beberapa tangkai 8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
1 biji bawang besar
garam secukup rasa

Cara-cara
1.Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
2.Isi ikan dikisar.
3.Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
4.Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.

5.Bahan A & tambahan untuk hiasan, daun salad dan cili merah atau cili padi.
(N/B – Cili selalunya saya tak hiris tapi saya tumbuk)

SET NASI BERIANI

NASI BERIANI

Bahan Bahan
5 pot# beras Basmathi
5 pot# air
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Buah pelaga
80 gm Rempah beriani (Adabi / Babas / Mak Siti)
2 helai daun pandan
3 kiub stok ayam (maggi / knor)
1 pot susu cair (Ideal / Carnation/F&N)
1 atau 2 biji limau nipis / atau setengah biji lemon – diperah ka dalam susu cair (jadi tairu)
1 atau 2 biji bawang besar – dihiris/kisar
3 ulas bawang putih – dihiris/kisar
1 inci halia – dihiris
Kismis
Kacang gajus
Bawang goring
Daun ketumbar
Daun sop
125 gm minyak sapi
½ ekor ayam (opsyenal = nak masuk boleh tak masuk pun boleh)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapi.
2.Tumis bawang hingga layu, masukkan rempah beriani, cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga.
3. Masukkan ayam
4. Masukkan kiub ayam, naik bau masukkan air dan daun ketumbar
5. Tuangkan susu yang diperah dengan limau nipis/lemon
6. Masukkan beras biar mendidih sekejap
7. Tukar ka rice cooker, kacau sekejap dan tutup periuk
8. Bila dah masak, renjiskan dengan air mawar. (Jika nak nasi tu ada warna warni, renjiskan dengan pewarna merah dan kuning)
9. Siap untuk dihidang , taburkan kacang gajus, kismis, daun sup dan bawang goring

# – gunakan tin susu cair untuk sukatan beras/air
————————————————————————————

AYAM MASAK MERAH

Bahan bahan
1 ekor ayam
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji tomato diracik
Tomato sos
Cili sos
Sedikit santan
Halia, lengkuas & serai

Cara caranya
1. Ayam digoreng setengah masak – angkat dan toskan
2. Tumis bawang, halia, lengkuas dan serai
3. Masukkan tomato yang diracik
4. Masukkan tomato sos
5. Masukkan santan dan akhirnya ayam yang ditos tadi.
6. Siap untuk dihidang

———————————————————————————

JELATAH

Bahan bahan
1 biji nenas Sarawak
2 bji timun
½ Bawang besar
3 tangkai cili merah
Gula
Garam

Cara caranya
1. Nenas buang mata dan hiris nipis
2. Timun, bawang juga hiris nipis
3. Cili merah potong kiub kecil kecil
4. Gaulkan kesemua bahan, masukkan gula & garam secukup rasa.

Hidangan untuk – 8 / 10 orang

WOMEN IN ISLAM

All praise is due to Allah the Exalted. May Allah exalt the mention of His Prophet and his household and render them safe from every derogatory thing

I believe that I cannot present any new information on the issues related to women‟s rights and the place of women in Islam. Therefore I have attempted to collect, arrange and summarize some of the relevant information on this subject and present it for the benefit of the reader .

I hope and pray for guidance from Allah the Exalted that I am successful in reaching my goals. It is a great injustice to accuse Islam of wrongdoing and oppression to women when there are many statements of the revealed book of Allah, the Qur'an, and of the teachings of the Prophet () which negate and disprove this false slander.

Allah, the Exalted, says: O Mankind! We have created you from a male and a female, and made you into nations and tribes, that you may know one another. Verily, the most honorable of you in the Sight of Allah is the believer who has Taqwa (piety and righteousness). Verily, Allah is All-Knowing, All-Aware [49:13]

Allah, the Exalted, also says: And among His Signs is that He created for you wives from among yourselves, that you may find peace and repose in them, and He has put between you affection and mercy. Verily, in that are indeed signs for people who reflect [30:21] The Prophet  said: “Verily women are the twin halves of men." [Abu Dawood #234 , Tirmidhi #113 & others]