Saturday, April 9, 2011

[TIPs] JUMPA LAH PEGAWAI BANK JIKA DEFAULT INSTALMENT

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menggalakan sekarang ini, memang ramai peminjam menghadapi masaalah untuk melunaskan hutang dengan pihak Bank.

Kalau yang berhutang itu meminjam untuk beli kenderaan. Mudah sikit boleh rujuk "Hire Purchase Act" 1967 (revised 1992) Memandangkan saya telah lama tidak "praktis" mengenai hal ehwal Hire Purchase Act, lebih baik saya tidak sentuh dulu bab ini.

Saya ambil senario peminjam perumahan.Seorang peminjam yang mana hartanah nya bakal dilelong kerana tidak melunaskan ansuran bulanan adalah disyorkan supaya pergi berjumpa dengan pegawai bank untuk cuba selesaikan hutang yang tertunggak.

Apabila pihak mahkamah telah memberi satu tarikh perlelongan keatas hartanah tersebut, segeralah berjumpa pegawai bank untuk "restructure of loan repayment". Ini adalah kerana sekiranya ada "restructure of loan repayment" , sekurang kurangnya pihak bank tidak teruskan perlaksanaan melelong hartanah tersebut, malah kos kos melaksanakan perlelongan seperti, pengiklanan, auctioneer tidak akan di "debit" kedalam akaun peminjam.

Sebab itulah hutang orang yang tidak lunaskan hutang berlipat lipat kali ganda kerana kos kos tersebut selain daripada denda lewat bayar dan sebagainya.

Oleh itu, saya sarankan "Pergi lah berjumpa dengan pegawai bank" untuk dapatkan khidmat bantuan daripada mereka.

Jika dibiarkan saja, anda juga yang merana. Apa apa hal pun, pegawai bank juga adalah insan biasa.