Friday, March 11, 2011

TIPS BELI KERETA BARU

Pilih kereta idaman kalbu
Lihat keperluan dan budget
Cari yang cermat minyak
Bayar deposit
Dapatkan pinjaman
Jika bayar tunai, bakinya dilunaskan selepas pendaftaran dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selesai.
Sekiranya hendak memilih nombor plat dibolehkan (fee nya dari RM200 kaatas). Sekiranya nombor tersebut tidak popular maka tidak ada fee tambahan dan harga nya seperti biasa. Ataupun nak maintain nombor kereta lama (pun boleh)
Tandatangan segala dokumen untuk pendaftaran (Borang-borang JPJ, sertakan Kad Pengenalan, Insuran Cover Note/Policy….)
Kebiasaannya urusan untuk menyerahkan kereta baru tersebut adalah dalam masa 1 minggu (mungkin tak sampai)

Peringatan- Lakukan Inspection (Mungkin ini luar biasa tetapi amat berfaedah - sebaiknya untuk kereta Secondhand)
Lakukan inspection walaupun di dokumen memang ada nama kita tertera di kad pendaftaran tersebut (JPJ K2) – Salesman memang bengang dan tak suka pada saya sebab katanya cerewit!! Tapi ini adalah hak kita
Pastikan nombor enjin kereta, nombor chassis sama seperti yang tertera di kad pendaftaran.
Semak (cross check) apa yang tercatit di “delivery receipt”= seperti tools, spare tayar, manual (car & aircond)….

Nota :
Buku manual penting semasa hantar servis kereta tersebut dibengkel yang ditauliah bila tiba pada masa yang telah ditetapkan. Disitu lah rekod-rekod (sejarah) mengenai kereta tersebut dicatit. (lebih kurang macam rekod perubatan pesakit)

Hantar ka bengkel yang ditauliah adalah untuk mempastikan barang barang ada jaminan atau warranty.

Pengalaman saya semasa buat inspection
Kebiasaan nya nombor engine kereta mudah sikit nak cari sebab mereka akan lekatkan pada satu plat.
Yang mencabar bab cari nombor chassis.Contoh jika kereta buatan Jepun mudah, kekadang tu dekat dengan radiator dah nampak.
Kereta jenis continental memang thrill, lebih lebih lagi jika MPV. Nombor chassis kekadang tu dipahat dipintu depan samaada sebelah pemandu atau passenger depan.
Lagi thrill saya pernah inspect nombor chassis tu dipahat dekat kebok tayar (sampai naik jenoh mencari nombor chassis tu…Chassis lori lagi lagi lah thrill…setakat 1 tonne okay lagi akan tetapi bab truck, trailer, jengkaut phewwwww!!!)


---------------------------------------------


TIPS BELI KERETA TERPAKAI (SECONDHAND)

Pilih kereta (melalui iklan, kawan, atau ka secondhand car dealer – tetapi kebiasaannyer dengan dealer mudah dapat loan sebab mereka dah ada line of credit atau dealership dengan sesuatu Bank)
Lihat keperluan dan budget
Cari yang cermat minyak
Bayar deposit
Dapatkan pinjaman
Loan lulus….
Bank beri Letter of Undertaking pada dealer
Tandatangan segala dokumen untuk pendaftaran (Borang-borang JPJ, sertakan Kad Pengenalan, Insuran Cover Note/Policy, Ownership Letter, Release Letter….)
Jika kereta tersebut masih ada loan, maka Dealer akan settlekan untuk dapatkan Release Letter dan Registration Card
Kereta dah boleh dibawa pulang (Ada Bank dapatkan pihak PUSPAKOM jalankan inspection, kebiasaannya pihak Bank akan lakukan inspection)
Jika bayar tunai, bakinya dilunaskan selepas pendaftaran dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selesai.



Nota :
Jika loan melebihi daripada harga pasaran, penjual mesti top-up beza antara harga jualan dan balance of loan.



Kereta baru
Kenapa perlu milik kereta "brand new" ?
1) serba serbi baru
2) ada warranty
3) tak pasti delivery ( cuma tentative saja); unless ever ready/ availability of stock (contoh MYVI Limited edition production bulan October, tapi SE edition boleh saja)
4) boleh interchange number yang kita sudah "tender" dulu dulu, cuma bayar interchange fees of RM550.00 to maintain the registration number. Tapi hanya kalau yang species sama contoh dari kelompok PERODUA 000 atau PROTON 000 kena lah beli & trade-in kereta yang sama.

kereta secondhand.
a) buy from used-car dealer
1) tak tahu apa "penyakit" - kereta tu dah inherit
2) mungkin terlibat dengan kemalangan
3) kena bawa mechanic yang "mahir"
4) kekadang mark-up price = boleh dapat 100% loan (this is bad!!!)

b) buy direct from seller
1) 'mungkin' seller boleh maklum kan serba sedikit apa penyakit kereta tu
2) boleh nego harga
3) perlu juga bawa mechanic untuk "test drive"


Nota :
Jika loan melebihi daripada harga pasaran, penjual mesti top-up beza antara harga jualan dan balance of loan


WSLM