Wednesday, August 11, 2010

MARHABAN YA RAMADAN

Isnin, 2010 Ogos 09
Marhaban Ya Ramadhan
Mari kita kenali penentuan hari,anak bulan,bulan bagi kegunaan am,ibadat harian dan bulanan serta penentuan awal Ramadhan dan Syawal.

Taqwim Istilahi.(kegunaan am).

1-Berdasarkan Hadis Riwayat Muslim,
(Sesungguhnya kami kaum yang tidak tahu membaca, dan menulis dan mengira,bahawa bulan itu sekian,bulan ini sekian,yakni umur ada ketikanya 29 hari dan ketika yang lain 30 hari)

2-Ketetapan kahlifah Rasulullah,Sayyidina Omar r.a bahawa awal hijrah (1 Muharram 01 H) bermula pada hari Khamis(malam Jumaat bersamaan 15 Julai tahun 622 masehi dengan ru`yah pada malam Jumaat tersebut.

3-Bilangan hari dalam satu pusingan 30 tahun hijrah ialah 10631 gari dan dibahagi kepada 354 hari dalam 19 tahun basitah(biasa) dan 355 hari bagi 11 tahun (kabisah-lompat ).

Taqwim Hakiki.(ibadat harian dan bulanan).

Suatu takwim berdasarkan masa ijtima* sebelum ghurub matahari pada akhir bulan hijrah.Sekiranya ijtima` berlaku sebelum ghurub matahari,maka esoknya dikira awal bulan hijrah baru tanpa mengambil kira anak bulan mungkin kelihatan(boleh rukyah) atau tidak.

Dengan ini bilangan hari di dalam bulan-bulan hakiki lagi berselang 29 atau 30 hari,tapi adakalanya berturut-turut 29 atau 30 hari selama tidak lebih dari 3 bulan.

Takwim Rukyah(Awal Ramadhan/Syawal)

Suatu taqwim berdasarkan kapada rukyah(penglihatan/cerapan) cahaya anak bulan di akhir bulan hijrah.sekiranya cahaya anak bulan itu kelihatan,hari esoknya adalah bulan baru.Jika sebaliknya digenapkan bulan lama ke hari yang ke 30.

Imkanurukyah(Kemungkinan anak bulan boleh dilihat)

Malaysia dan negara sewaktu denganya,memakai prinsip imkanurrukyah ini.Muktamar Hilal 1978 di Turki telah bersetuju bahawa imkanurrukyah bila 3 syarat ini dipenuhi:-

a-Berlaku ijtima` kira-kira antara 8-10 jam sebelum ghurub.
b-Tinggi bulan ketika ghurub matahari tidak kurang dari 5 1/2 darjah atas ufuk.
c-Jarak bulan dari matahari ketika ghurub tidak kurang dari 71/2 darjah.

Anak bulan yang tidak kelihatan didalam syarat-syarat diatas dikira tidak kelihatan langsong.Tetapi sebaliknya jika tidak kelihatan diluar cakupan 3 syarat tersebut anak bulan dikira kelihatan(imkanurrukyah)

Mari kita praktikan syarat diatas dengan penentuan ramadhan dan syawal tahun ini.(1431 H)

Rukyah Hilal pada ghurub hari 29 syakban ialah pada pukul 7 .21pm Selasa bersamaan 10 hb 8.2010.Ijtimak berlaku pada pukul 11.09 minit dan 15 saat(pagi).Jika dikira tempoh masa ijtimak dan ghurub ialah selama.8 jam 15 min(lebih kurang).Oleh yang demikian 3 syarat imkanurukyah dipenuhi,maka 1 Ramadhan ialah pada kesokan harinya(11 Ogos 2010).Samada hilal nampak atau tidak, puasa akan diisiiharkan berdasarkan imkanurukyah.Jika langit cerah petang tersebut hilal kemungkinan besar boleh nampak ,jika langit mendung dan kemungkinan tidak nampak maka hilal tetap dikira sabit ada.

Penetapan 1 Syawal.Cerapan/rukyah hilal akan dibuat pada 8 Sept 2010(29 ramadhan),mengikut sifirnya,ghurub juga sekitar 7.20 pm(maghrib) manakala ijtima` berlaku pada jam 18/30/55(lebih kurang jam 6.30 pm),maka tempoh waktu kemungkinan nampak hilal tidak mencukupi 8 jam(minima).Oleh yang demikian 1 Syawal akan ditetapkan pada lusanya 10 Sept 2010).**

Nota:* Ijtimak
Ijtimak (conjunction) di dalam ilmu falak bermaksud “pertemuan” antara bulan dan matahari. Secara teknikalnya ijtimak ialah pertemuan bulan dan matahari di garis edar masing-masing relatif kepada kedudukan bumi. Pertemuan ini berlaku apabila bulan dan matahari berada di meridian ekliptik yang sama (longitud ekliptik bulan dan matahari, λB dan λM adalah sama; i.e. λB= λM

Bahasa mudahnya:Bulan,matahari dan bumi berada pada suatu garis pusat selari /lurus)


**
Penetapan sebenar akan di istiharkan oleh Penyimpan Mohor besar Raja-Raja.


Ruj:Pengenalan Taqwim Hijrah-Oleh Ustaz Md Khair Taib (rahimahullah) 1987


WA

[Special Credit to Tuan Sulaiman Akhlaken (TJ) kerana memberi izin kepada ku untuk ambil artikal yang beliau tulis - Tabik Hormat TJ]

No comments:

Post a Comment