Saturday, April 16, 2011

MLM

Apa itu MLM.

Berbagai istilah atau tafsiran yang diberi
MLM - Make Love Midnite
MLM - Meniaga Larut Malam
MLM - Make Lots of Money

Apakah yang dikatakan dengan MLM?
1) Merupakan satu konsep pemasaran dan kaedah pembayaran.
2) Kaedah bayaran bonus

Evolusi. Perkembangan MLM dan sejarah nya.
Dulu – Sistem BARTER
1920 – Kedai runcit
1930 – Chain Store (contoh : Mark & Spencer)
1940 – Supermarket
1950 – Multi Level Marketing (di USA, orang buat duit secara sambilan
dengan modal yang kecil)
1960 – Franchise (contoh : Mc Donald, KFC)
1980 – E-Dagang (contoh Bill Gates, Microsoft)
2000 – Multiple Plan
Next 2020 – Ownership (i.e Konsep jadi business owner)

1) Dalam perniagaan apa pun..Marketing strategy main kan peranan. Bila sudah ada product yang telah berjaya tembusi pasaran sedia ada, maka barulah peranan administration serta management yang lain akan bergerak seiringan. Dalam soal MLM ini, saya lihat ia juga bagaikan system yang telah di build-up kan cuma pasarkan mengikut SOP atau acuan yang telah diberi.

2) MLM business hari ini , bukan seperti era dulu dulu iaitu pada level 1 atau level 2 (i.e single marketing or Multilevel Marketing. Sebenarnya seperti yang saya baca, tahap MLM sudah ada *7 Level!!! )..macam dulu jika you nak barang murah you kena jadi ahli or you nak bonus lebih you kena jadi stockist (so, melambak lah sabun , berus gigi, kat dalam bonet kereta).

3) Ada sesetengah MLM company tersebut jual both item, the system and the physical products. It is of a different trend nowadays. Cuma kena perhatikan konsep nya macam mana.

Boleh atau tidak saya katakan system nya sama seperti perniagaan “FRANCHISE”?

Nota *
Trend Wave 7
Level 7 = Multiple Channel Marketing (+ E-Commerce Platform)
Level 6 = Investment/Cncept Marketing
Level 5 – Internet Marketing
Level 4 = Global Marketing
Level 3 = Network Marketing
Level 2 = Multilevel Marketing
Level 1 = Single level Marketing

SOAL JAWAB MENGENAI MLM
[1] Kenapa MLM / E-Networking di Malaysia "dikatakan" bermasalah, malah ada yang perlekehkan dan anggap ianya 2nd grade business?

Jawab - Ia berlaku kerana persepsi manusia yg pernah ditipu atau gagal dan sebagainya..

[2] Bukan kah ianya salah satu daripada cabang perniagaan?
- ada modal yang perlu dilaburkan, bukan biarkan.
- ada produk (secara maya atau fizikal) yang boleh diniagakan

Jawab - Memang MLM adalah satu cabang perniagaan yg diminati ramai dikalangan jutawan Barat dan Malaysia..Bukan tiada kesukaran tetapi kesabaran, cekal, yakin dan lain lain itu yg mendorong mereka berjaya..berbeza dengan mereka yg cepat putus asa maka berbagai bagai tohmahan dilemparkan.

[3] Kebiasaan dalam sesuatu MLM, apabila group sudah besar kerana business partner (dulu disebut "downliner") sudah ramai, mereka akan build-up team, mungkinkah kerana team yang "belasah saja" dan tidak ikut peraturan akta jualan langsung membawa MLM jadi 2nd grade business.

Jawab – Ada kemungkinan

[4] Jika benar syarikat MLM bermasaalah kenapa majority syarikat MLM boleh memperbaharui lesen AJL yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Jawab - Yang bermasalah adalah sikap individu yg gagal. BUKAN syarikat atau MLM tersebut.


[5] Unsur PIRAMID SCHEME?
- Adakah kerana pencambahan ahli ianya dikatakan piramid?

Jawab - Tidak semestinya berlaku percambahan ahli maka itu dinamakan sebagai pyramid. Perlu dibezakan sistem piramid dan Hybrid.

Sistem Piramid
Skim Piramid ialah di mana member yg masuk kemudian tidak akan berpeluang untuk mendahului member yg masuk terlebih awal. Sampai bila bila pun tak ada chan nak potong. Kata lain ialah sistem Ponzi. Secara structural, memang mustahil utk buat bisnes yang tak ada bentuk piramid. Korporat pun bentuk piramid, malah pekerja bawahan memang mempunyai peluang yg amat-amat tipis untuk memotong kedudukan Pengurus apatah lagi Pengarah.


[6] Macam mana yang dikatakan skim cepat kaya?

Jawab - Skim cepat kaya seperti DUDUK DIAM DAPAT DUIT DAN DOA DAPAT DUIT (contoh seperti Swish Cash dan sebagainya)

[7] Adakah kerana MGM (member get member) dikatakan Skim Cepat Kaya?

Jawab – Tidak. Konsep berbeza