Friday, February 5, 2010

MALAM MALAM BERMALAM DI SPITAL

4 Malam wad 6G menjadi rumah ku. Jika tidak kerana kakak ku nak mencelah pada malam kedua tentu tentu lima lima malam aku sapu. Tak apa kira lepas jangkauan "hattrick" (hattrick = 3 kali jer!!!)

Semasa diberitahu mak kena tahan wad untuk beberapa hari, kami adik beradik dah bermesyuarat kat kantin spital sementara nama dipanggil untuk dimasukkan ke wad biasa daripada "emergency wad". Antara yang kami bincangkan ialah mengenai giliran untuk berjaga malam. Kami dimaklumkan lelaki tidak dibenarkan bermalam diwad perempuan, melainkan satu case tu dimana patient tersebut dalam stage 4 of cancer, maka husband beliau lah yang kendalikan.

Kira alternate lah kami bermalam..tup tup hari berikut selepas turn kakak aku berjaga malam, kakak aku sms dia kata kat aku dia surrender, katanya "uish aku takut lah, tak boleh tido aku dibuatnya. engko aja la yang amik shift malam". Kata kakak ku lagi, sekejap bunyi beep/loceng "teet..teet.." pastu ada yang panggil "nurse..nurse.." nanti sekejap lagi kedengaran bunyi kecepak kecepuk tapak kasut nurse bergegas dan berlari lari anak ke katil tak tau yang mana satu.

Penyudahnya kakak ku demam dan dia pun kena "high BP". Aku pun cakap itu ler nak sangat experience bermalam kat spital. A'ha rasakan.

Pada malam pertama aku nengok Mak ok saja. Nampak nyenyak dia tidor. Mata aku juga yang terkebil kebil tak boleh tidor sebab tak mengantok pun. Baca suratkhabar lepas tu belek dan baca quran terjemahan.

Entah macam mana aku boleh terlena sampailah "alarm" HP berbunyi jam 5.00 pagi. Bilik air aku "conquer" sebelum yang lain terjaga. Terdengar laungan azan, rasanya mesti surau dekat dekat sini, tapi tak pasti kat tingkat berapa. (Masa ni aku malu malu nak bertanya lelebih kat misi misi tu semua, phobia , sebab majority pukul rata kata nurse garang garang, jadi sudah terpahat kat minda nurse semua nya garang garang belaka! Rupa rupanya tanggapan saya sangat meleset. They were very helpful.).

Lepas tu seorang Doktor Muda dengan trolley yang siap dengan tube, sampul plastic, syringe dan lain lain menghampiri mak untuk ambil sample darah.

Kemudian nurse pula datang dengan trolley alat check BP dan diebetic serta jantung. Selepas tu mak nak bangun untuk bersih kan diri. Aku cakap nanti lap dengan air suam dan minta nurse bawakan bed-pan. Mak berkeras untuk berjalan ka bilik air. Ok aku turutkan dan papah mak kebilik air (tak teringat nak minta wheel-chair!!).

Kedengaran lagi trolley ditolak, ternyata betul. This time nurse pula bawa ubat ubatan. Tersedia dengan prescription dan ubat pun diagihkan ka setiap katil pesakit.

Selepas tilam ditukar dengan cadar baru, sarapan pun diedarkan. Mak tak boleh makan (kena puasa kata nurse).

Kelihatan beberapa Doctor sedang buat follow-up routine. Sampai kat katil mak, banyak soalan aku lemparkan kat doctor tersebut. Yang best nyer doctor tu layan semua soalan aku termasuklah yang tak ada kena mengena dengan mak punya case.

Sehari sebelum mak discharged from ward, sempat lah juga aku buat follow-up rountine kat beberapa katil. Aku suka ke katil yang ada indicate "HEMATO". Ada yang kena barah usus, leukemia, barah leher. Yang kena barah leher tu dah stage 4. Kata anak perempuan pesakit tersebut, emak dia dah complete 3 cycle kimoterapi, dan kini kali ke 3 dalam cyle ke4. Merana dia, sakit agaknya.

Ada sorang patient tu muda lagi, red blood count kurang, rajin dia belajar, sebab lagi 2 minggu nak exam katanya. Sorang ni paling saya tak boleh lupa, memang lucu pun ada, beliau adalah seorang berbangsa tionghua yang tidak berapa pandai bertutur dalam bahasa melayu but she tried dan dia pun ada "sound trouble" saya panggil dia auntie, so bila bercakap dengan dia siap dengan sign language,lakonan semula dan tetiba keluar suara yang kuat dari dia. Apabila ditanya kenapa dia dimasukkan kedalam wad katanya dia pengsan semasa goring mihon (maka dia lakonkan lah apa yang terjadi). Tapi itulah sekejap saja, cuma semalam saja dia diwad.

Tempat auntie tu diganti oleh seorang wanita yang berbangsa sikh yang demam tak baik baik selama lebih dari 2 minggu katanya. Malam dia kat wad tu, dia dok chanting(mantra). Waduh... kuat juga ler, kesian makcik yang kena demam kuning kat katil sebelah dia. Saya kata kat makcik tu tak pa lah makcik dia nyanyi lagu Hindustan tu...jika tak mau dengar minta kapas kat nurse tutup telinga, lepas tu makcik zikir asma-ul-husna. Ada auntie vogue tu, dia memang classy, dia kena barah tulang. Dia asyik complain anak anak tak jengok, dan tidak membelikan suratkhabar sensasi "Harian metro" untuk dia.(Kata dia : mana nak ada , datang dah malam..itu lah jawapan dia)

Bila mak discharged from ward pada malam 3 Feb aku tak sempat nak ucap selamat tinggal kat mereka semua (termasuk doctor, nurse,"patient-patient" dan pak guard yang meronda wad) sebab adik aku maklumkan yang mak dibenarkan balik rumah semasa aku kat bilik darjah(FCR).

Apapun syukur mak dah balik tapi masih lemah.