PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi. "Sekarang ..," suara pengacara majlis bergema kembali,"Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa.Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput? Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas. Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu. "Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"
"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali"yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran."Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa
kekaguman.
Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot keruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."
"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan,tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung,seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan,bercakap pelat-pelat,seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri,kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun,kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak."Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya."Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak."Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas,mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan
tindakan saya itu terlalu
bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau
saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan
mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah
ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.
Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu,memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada
abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak."Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain.. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang
patut jaga mereka,
bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu
reaksi mak setiap
kali saya mencadangkan hal itu.
"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi
mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak
menghargai jalan keluar yang
telah sedia terentang di hadapannya."
"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya,
semasa saya berusia
dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga
tidak dapat bangun.
Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik.
Lalu, saya
ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak
di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang
lemah, berkali-kali
mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa
memberi abang-abang dan
kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin
mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk
mendengar cerita gadis
itu.
"Itulah kali pertama saya ditinggalkan
bersama-sama abang-abang dan
kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa
itu cukup
menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan
kakak-kakak
benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa
Abang Long enggan makan.
Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula
asyik mencirit saja.
Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak
pula, asyik main air
ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya
dibuatnya. Kak Anjang
pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "
"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti
kain buruk, tubuh
saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak
dan ayah. Saya
terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang
terletak di sebelah
rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya
terlalu kacau, saya
akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."
"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu.
"Kenapa ibu bagi
Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah,
bagilah Mirah pada
orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan
mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah
berkali-kali ibu
tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana
ibu tak sayang
Mirah."
"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah
hidupnya apabila
situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit
teruk setelah
melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di
hospital, mak yang
telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat
sendiri betapa
gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan
kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh
orang anak yang
pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut
dirasakan oleh mak pula
dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah
kepada mak, ibu
masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu,
walaupun Mirah
tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu
rasa, mak lebih
menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang
lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam
neraka bagi Mirah? Ibu
tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah
tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah.
Ibu tahu
sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan
kerja-kerja rumah dan tugas
menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun
Mirah buat tidak
sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah,
abang-abang, dan
kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih
mahu berkeras meskipun
saya tahu saya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada
ibu. Ibu sendiri
yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah
melaksanakan suruhan
mak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang
mata ibu."
"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah
di rumah mak kau
itu dapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu
menambahkan beban mak."
"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata
ibu."
"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah,
jauh lebih baik
daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri.
Mirah dapat ke
sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk
di rumah. Mirah
dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang
lain pakaiannya
itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam
peperiksaan, mak sungguh
gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga
abang-abang dan kakak-kakak
kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."
"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu
selanjutnya, bukan kerana
saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya
benar-benar
malu."
"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa
tersisih daripada ibu
kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak
mendapat pembelaan yang
diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan
kesedaran baru."
"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh
selama ini,saya dapati
mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah
abang-abang dan
kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus
menghilangkan diri ke dalam
bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam
bilik, saya terus
resah-gelisah. "
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan
bunyi ketukan di
pintu bilik saya. "Mirah."
"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam
mata, pura-pura
tidur."
"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik
saya dibuka.
"Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah
letih menjaga
abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik
siang tadi. Maafkan mak,
sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul
beban seberat itu.
Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah.
Mak janji, lain kali
mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu
atau orang lain menjaga
abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa
tinggalkan rumah"
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus
mengusap-usap dahi saya.
Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka
mata dan menatap wajah
mak ketika itu.
"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal
bersama-sama mak."
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya.
Kemudian, setitik lagi
gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan
itu kian rancak gugur
menimpa serata muka dan leher saya.
"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi
mak, Mirah adalah
segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam
rumah ini. Mirah
telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali
berharga. Mirah telah.
."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak.
Kemudian, tiada
kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran
hanyalah bunyi sedu-sedan
dan esak tangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah
mengubah pandangan saya
terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula
merenung dan menilai
keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak-
kakak dan abang-
abang serta belajar menghormati dan, menyayangi
mereka.
Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak
berpenghuni sejak gadis
itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan
penilaian darjah lima ,
saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah, di
sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak
tawaran tersebut.
"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah
boleh belajar dengan
sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan
berdepan dengan
gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari
nanti?"
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak
berkelip-kelip
memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua
insan itu silih
berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah
ingin terus berdamping
dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah?
Pelajaran di sekolah
menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui
keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat
mengekalkan prestasi Mirah
semasa di sekolah menengah nanti," balas saya
penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka
terlopong. Mata mereka terus
memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih
terpamer pada wajah mereka.
Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk
terus menjadi
pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik
yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba
membebaskan saya daripada
kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas
menjaga makan pakai
abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya
terganggu.
Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk
membantu, lantaran
didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita
dengan penuh
semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu
mendengar ceritanya
dengan penuh minat.
"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu
saya melanjutkan
pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana
saya membuat
pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini
sengaja saya pilih
kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir
pelajar yang kurang
bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah
saya peroleh itu,
dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan
kakak-kakak. "
"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka
duka, sebagai seorang
guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya
harus akui,segulung
ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya,
berbanding dengan
mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip
sepanjang hayatnya."
"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia
untuk menjaga
abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini
sering tersentuh apabila
beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan
Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita
itu lepas kita tak
ada, bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah.
Takkan kita nak
harapkan Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak
meningkah. "Kita tak
boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan
kakak-kakaknya."
"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan
membela nasib
abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak
ada. Ya, memang mereka
bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah
membelai tubuh Mirah
dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang
telah menyuapkan
Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang
memandikan Mirah dan
mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah
jambu itu, tunduk
sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya.
Kebanyakan hadirin,
khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya
terbaca mengenai
pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam
akhbar. Saya terus
mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti,
kalau mak tahu, dia
tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang
mak akan terpilih
untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan
terdiri daripada
orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya
anak- anak
"Ibu Misali" yang lain.
"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang
seperti mak lalui
mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan
ibu-ibu lain. Betapa keimanan
mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang
sebegini hebat.
Tiada rasa kesal.. Tiada rasa putus asa. Tidak ada
salah-menyalahkan antara
mak dan ayah."
"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat-
saat terakhir tadi,
mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan
mak, untuk menerima
anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil
lebih-lebih lagi
setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali"
pertama, kedua dan
ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga
anak-anak mak bukan
kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak
adalah amanah
Tuhan."
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya
mencalonkan mak untuk
anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya
cuma berharap
kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh
ibu-ibu lain, terutama
ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan
mencampakkan anak mereka yang
cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan,
mental."
"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin
merakam penghargaan
saya kepada pihak penganjur, kerana telah
mempertimbangkan mak saya sebagai
salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali"
tahun ini. Semoga
pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada
ibu-ibu lain yang
senasib dengan mak."
"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai
dek air mataku
sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku.
Pandanganku menjadi
kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku
silau oleh pancaran cahaya
kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku
dan menangkap gambar
secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa
sebenarnya yang telah
menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau
seharusnya berusaha mendapat
skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau
sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku
notaku mencari helaian
yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai
penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di
samudera kehidupan yang
tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput
Yang Berbahagia Puan
Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan
"Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah
"Ibu Mithali"
serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah
Rashid. Yang Berbahagia
Puan Sri dipersilakan."
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia
memimpin maknya
melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa.
Lutut maknya
menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya
menahan perasaannya dia
terduduk kembali di atas kerusi
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa
sendiri datang
mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu.
Setelah itu, beliau
menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan
Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan.
Sejurus kemudian,
seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu
Mithali" sebelumnya,
naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan
Afifah. Bertambah
lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu
Mithali" yang
terakhir itu.
TAPI JANGAN LUPA PENGORBANAN AYAH YANG BEKERJA
MEMBANTING TULANG BUAT
KELUARGA.
JAGALAH MEREKA SELAGI MEREKA MASIH HIDUP. MEREKA JUGA
PERLUKAN KASIH SAYANG
DAN PERHATIAN KITA
Renung-renungkan dan Selamat beramal...
-------------------------------------------------------------------------------------
Saya ingin memberi credit kepada penulis kisah ini, tetapi tidak tahu siapa kah gerangan orang nya.Kepada saudara/saudari, izinkan saya pamerkan kisah yang sungguh dramatik ini. Terima kasih saya dahulukan.
-------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih juga kepada my hubby. Saya terima kisah ini melalui e-mail yang dihantar oleh my hubby yang kini di Laos. Sebelum my hubby e-mail beliau call dan maklumkan kepada saya bahawa beliau hendak hantar sesuatu yang sangat touching dan hendak saya bacanya. Beliau bercakap dengan suara yang terputus putus kerana dalam keadaan "sentimental".
No comments:
Post a Comment