Fish

Sunday, January 3, 2010

SET NASI BERIANI

NASI BERIANI

Bahan Bahan
5 pot# beras Basmathi
5 pot# air
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Buah pelaga
80 gm Rempah beriani (Adabi / Babas / Mak Siti)
2 helai daun pandan
3 kiub stok ayam (maggi / knor)
1 pot susu cair (Ideal / Carnation/F&N)
1 atau 2 biji limau nipis / atau setengah biji lemon – diperah ka dalam susu cair (jadi tairu)
1 atau 2 biji bawang besar – dihiris/kisar
3 ulas bawang putih – dihiris/kisar
1 inci halia – dihiris
Kismis
Kacang gajus
Bawang goring
Daun ketumbar
Daun sop
125 gm minyak sapi
½ ekor ayam (opsyenal = nak masuk boleh tak masuk pun boleh)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapi.
2.Tumis bawang hingga layu, masukkan rempah beriani, cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga.
3. Masukkan ayam
4. Masukkan kiub ayam, naik bau masukkan air dan daun ketumbar
5. Tuangkan susu yang diperah dengan limau nipis/lemon
6. Masukkan beras biar mendidih sekejap
7. Tukar ka rice cooker, kacau sekejap dan tutup periuk
8. Bila dah masak, renjiskan dengan air mawar. (Jika nak nasi tu ada warna warni, renjiskan dengan pewarna merah dan kuning)
9. Siap untuk dihidang , taburkan kacang gajus, kismis, daun sup dan bawang goring

# – gunakan tin susu cair untuk sukatan beras/air
————————————————————————————

AYAM MASAK MERAH

Bahan bahan
1 ekor ayam
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji tomato diracik
Tomato sos
Cili sos
Sedikit santan
Halia, lengkuas & serai

Cara caranya
1. Ayam digoreng setengah masak – angkat dan toskan
2. Tumis bawang, halia, lengkuas dan serai
3. Masukkan tomato yang diracik
4. Masukkan tomato sos
5. Masukkan santan dan akhirnya ayam yang ditos tadi.
6. Siap untuk dihidang

———————————————————————————

JELATAH

Bahan bahan
1 biji nenas Sarawak
2 bji timun
½ Bawang besar
3 tangkai cili merah
Gula
Garam

Cara caranya
1. Nenas buang mata dan hiris nipis
2. Timun, bawang juga hiris nipis
3. Cili merah potong kiub kecil kecil
4. Gaulkan kesemua bahan, masukkan gula & garam secukup rasa.

Hidangan untuk – 8 / 10 orang

No comments:

Post a Comment