Sunday, January 3, 2010

DARI KUALA LUMPUR KA VIENTIENNE KU MERENTAS SEGENTING KRA

Disini saya catat kan journal perjalanan ka Vientienne, Laos melalui jalan darat yang meredah Negara Siam.

Kereta dipandu oleh suami dan saya “dibenarkan” untuk pegang steering apabila meredah tempat yang bernama Surat Thani, (di Segenting Kra @ Ithmus of KRA)

Day 1 (Saturday)
6 Dec 2008 – Bergerak dari rumah kami pada jam 1.57pm dan singgah untuk having lunch disebuah kedai makan kat rumah yang bernama Suria Café.

4.30pm tiba di Sungkai, tapi kami singgah di R&R Ladang Bikam untuk solat.

5.11pm towards Tapah road is a bit jam (ada lori trailer rosak) then heading to Gopeng clear.

5.38pm exactly di Simpang Pulai lepas bayar TOL (kat situ ada road on construction)…. tetiba ,,, TUP TUP TUP cermin depan meletup (retak seribu). Aduhaiiii…. kena detour masuk Ipoh (betul betul simpang yang ada PETRONAS Gunung Lang, Ipoh).

Nasib baik ada bengkel (Bengkel Hairie Motor). Spare parts pula tak de. No choice kena cari hotel untuk bermalam di Ipoh (betul betul un”sangka”rable).

8.15pm Dok cari punye cari bilik hotel… semua penuh. Call my colleague di Jalan Yang Kalsom Branch to get corporate room pun tak dapat. Got no choice dikira darurat tidor aje kat hotel “chaplang” – Eastern Hotel (hurmmm lebih kurang RM60.00 aje..kira boleh la)

Day 2 (Sunday)
7 Dec 2008 – Selesai subuh. Pergi cari sarapan. Jumpa satu Gerai Hj Daud Bin Mat Jasak (di Jalan Dato Onn Jaffar, bersebelahan Restoran Haji Yahya) Gerai Hj Daud jual Yong Tau Foo & Mee Kicap manakala Restoran Haji Yahya ada jual nasi campur (pagi dah jual nasi) dan saya tengok ramai yang order Curry Mee (mesti itu menu killer kedai tu kot).

9.00am semasa dok berbual dengan pengunjung Restoran di situ ada yang syorkan supaya pergi ka LOKIN (aka Memory Lane, Ipoh). Di LOKIN ada jual berbagai barangan antique (asli & palsu). Saya memang suka barangan antique tapi tak ada cadangan nak beli pun. Entah kenapa tak tau.. tak ada urge untuk beli.

11.00am semasa dok berlegar kat sebatang jalan ada nampak satu group sedang shooting di Restoran Ayam Garam (non halal) – hosted by a famous chef in Hong Kong.. lupa pula tanya siapa nama chef tersebut.

11.30am tuan punyer bengkel called to inform that the mirror was fixed and ready for collection.

1.10pm baru dia arrived (hurmmm janji melayu….) to deliver the vehicle.

2.00pm check out from Eastern Hotel

3.15pm stop @ Sg Perak. Not bad R&R Sg Perak banyak perubahan, nampak bersih dan ada escalator (bagus ada social obligation by PLUS – I believe for the sake of orang orang yang berumur… Thumbs Up to PLUS :great ) Semasa turun escalator, ada seorang ibu sedang gendong anak kecil nya dan seorang tu umur lingkungan 4 tahun terkial kial nak naik escalator… so saya pun bantulah kanak kank tersebut sebut dia terlepas dari genggaman emaknyer nasib baik tak jatuh kat escalator tu… hurmmm mana ayah dia ya!!!)

7.05pm tiba di Changlun. Beli insurance (kena RM16.00) Negara Thai untuk kereta dan tempah bilik hotel (Lee Garden Hotel Plaza @ RM116.00) sebab dah malam kan better stop kat Hat Yai. Lagipun hujan selebat lebat nyer.

8.05pm aduiii….. kereta kena clamp sebab tak park kat parking lot (Pengajaran… .pi tempat orang jangan dok buat sesuka hati). Enforcement Thailand memang ketat… yet they can give a smiling face. Agaknyer kat Malaysia mesti dah kena dot..dot..dot)

9.50pm reached the Hotel. Malapetaka lagi… mamat yang kat Changlun tak contact Hotel… Bilik fully booked. But there are 3 more suites available so no choice top-up to upgrade for a suite instead… Entahlah memang disengajakan ka atau kebetulan. Anyway, bersyukur kerana masih ada tempat untuk menginap. Hurmm.. best juga kat depan hotel ada orang jual sotong bakar. Sotong tu digelek gelek dengan satu alat dan diberi sauce untuk dicecah. Surprisingly mereka Moslem dan cakap melayu tapi loghat kelate. (sepatutnya mereka cakap loghat utara tapi tak….). Juga jual pulut makan dengan mangga (sedap juga!!!).

Day 3 (Monday)
8 Dec 2008 5.35am Subuh and checked out. Breakfast kat hotel (makan roti bakar & minum coffee aja). Kami berbincang sambil buka Thailand Road Map. Saya tentukan which route to follow dan catitkan nama nama big cities yang bakal kami lalui dalam note book (ini untuk pastikan saya tak selalu buka map yang gadang tu). Saya juga pastikan the GPS GARMIN is functioning OK (download chip ka dalam Nokia Communicator) to ensure it smoothly set before start the journey. Tak sangka di Hat Yai saya nampak banyak masjid dan lelaki yang berjubah/serban serta perempuan bertudung labuh. Singgah kat salah satu masjid tapi tak sempat nak nengok mereka buat korban sebab katanya lembu tak sampai lagi time tu….

9.35am moved out but stop at tire shop to change 2 biji tayar, my husband cakap tayar ada geylong …. So tukar tayar.

1.34pm berhenti lagi kat kedai tayar sebab lupa nak buat alignment & balancing. (Peringatan… pastikan bila tukar tayar buat balancing dan alignment)

3.20pm saya pula drive (Surat Thani ka Chumphon)… Best sepanjang panjang perjalanan road condition is considered good. (Jika di Malaysia masuk je ka laluan yang signboard warna hijau kita kena siapkan fulus untuk TOL kan!!!… kat SIAM no TOL… freeway all the way.).

6.00pm berhenti di R&R and isi gasoline jumpa satu keluarga Moslem. Saya sangat terharu kerana katanya “As a Moslem I would like to invite both of you to be my guest and sleep in my house in Bangkok…aduhai…terharunyer saya dibuat nya..masih ada orang yang baik hati dan berbudi bahasa pada musafir…my husband tolak dengan hemah selepas berkali kali mereka offer)

10.30pm after meredah banyak town dengan R&R yang bersih (Cuma 2 tempat aje yang saya katakan dan klasifikasikan sebagai tak bersih sebab berbau.. so kami tak berhenti kat situ), kami berhenti di Ratchaburi sebuah Bandar di pinggir Bangkok dan bermalam di Western Grand Hotel (TB800 – murah sangat).

Day 4 (Tuesday)
9 Dec 2008 @ 5.35 woke up subuh, breakfast and check out. Again I read the road map to check the route that we are going to pass by. Semasa berhenti di sebuah R & R I saw PETRONAS pump station on the other road and took a photo (hurmmmmm bangga rasanya).

10.26am kami masuk kat satu nama jalan tu namanyer Borommatchachonnanee (panjang nyer)

12.30pm sampai kat town bernama Sara Buri. Kat sini ada restoran Moslem. Sepanjang jalan ada banyak orang jual jagung rebus. Kami berhenti beli juga sebab nak rasa jagung Siam heh he he….

2.20pm sampai Bandar Nakhon Ratchasima @ Korat, last year where SEA Game diadakan.

6.00pm sampai Udon Thani then Nong Khai iaitu bandar bersempadan dengan Laos.

7.20pm di immigration checkpoint Nong Khai.

8.35pm got clearance with Laos custom with regards to the vehicle that we drove.

Tammat.

Nota – Pengalaman yang tak mungkin dilupakan kerana telah meredah 2,248km dari Kuala Lumpur merentas Segenting Kra, Thailand hingga ka Vientienne, Laos.

Cost perbelanjaan termasuk tol kat Malaysia, hotel, makan, gasoline, tukar tayar totaling to RM820.90 (Selepas off-set claim cermin pecah dengan pihak insurance)

Team work mesti ada. Preparation dan perbincangan perlu sebelum memulakan sesuatu perjalanan. NOORAINI BOLEH!!!! :D

Pada tanggal 11 December 2008 saya naik plane untuk kembali ka Malaysia.

Alhamdulillah selamat, syukur ameen ya Allah.

2 comments:

  1. Wah, seronok betul rasanya kalau dapat berjalan dengan cara sebegini. Insyaallah saya pun akan berkereta ke Nong Khai pada tahun baru Cina ini nanti. Seperkara saya nak tanya, apakah bandar-bandar yang saya harus bermalam sebelum sampai ke Bangkok.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Thankz for reading my posting.

    Semasa melepasi sempadan Malaysia masuk Thai border kami tiba malam, so tidur saja di Hatyai.

    Jika nak bermalam keatas lagi tapi belum sampai Bangkok boleh saja di Ratchaburi. Bandar nya dipinggir Bangkok.

    Selamat bercuti.

    ReplyDelete