Saturday, March 12, 2011

MACAM MANA NAK JUAL KERETA

Bila hendak jual kereta mesti ada:
1) Pihak Penjual
2) Pihak Pembeli

So, bila sudah ada willing seller willing buyer boleh lah teruskan transaksi tersebut dengan harga yang telah dipersetujui.
- Terdahulu daripada itu, call pihak bank tanya mereka berapa jumlah Gross Balance dan Net Balance for the next due date.

- Baru lah boleh gauge to determine berapa harga yang nak letak [as a benchmark atau penanda aras - how high/low untuk you sustain. ataupun supaya boleh cut further loses]

Harga pasaran kereta juga bergantung kepada jenama kenderaan.

jIKA ambil loan yang maximum,
-kebiasaan nya tidak banyak untung,
-atau kekadang cukup cukup off-set loan selepas tolak "unearned interest"
-malah ada kemungkinan ianya jadi defisit.

Kalau ada defisit, penjual mesti top-up beza antara harga jualan dan balance of loan.
-----------------------------------------------

Sekiranya trade-in kebiasaan nya penjual akan jual kereta yang sedia ada samaada dengan "Used Car Dealer" atau dengan "Brand new car Dealer" disebabkan hendak beli kereta lain samaada kereta baru yang lama atau kereta baru yang betul betul baru.

Sama saja prosess nya. Tetapi lebih mudah cara sebab yang tolong uruskan adalah "Sales Representative" kepada Used atau Brand new Car Dealer tersebut.

Apa pun, hati hati bila tandatangan dokumen. Baca dan tanya apa yang tak faham.

------------------------------------------------

JANGAN..JANGAN..JANGAN - Tinggalkan" kereta tersebut di used car dealer. Kecuali kereta yang hendak jual sudah habis bayar dengan Bank dan/ataupun dapat kereta yang diidamkan tersebut dengan car dealer [atau dipanggil butter trade] - JANGAN EMPTY HANDED!!! PLUS sign the "Sales Indemnity/Letter" tanda urus-niaga sudah berlangsung.

Seandainya, kereta yang hendak di let-go tersebut masih ada loan, pastikan tandatangan "Sales Indemnity/Letter" menandakan telah kereta tersebut telah dijual dengan used car dealer. INGAT, dokumen tersebut PENTING bila polis buat operasi isu saman mega macam sekarang ni. So jika sudah tahu bila the cut-off point.
Ataupun time tukar nama atau nak renew road-tax >>>>tarikh tarikh tu semua sangat VITAL.

--------------------------------------------------------------------

Bagaimana jika "Sales Representative" atau used car gagal mendapatkan pembeli,sedangkan bank "dok kejar kita jer"?
Patutkah kena bayar?

Kalau saya..saya TIDAK akan bayar loan instalment sebab used car Dealer dah buat kira kira semuanya..afterall memang susah nak dapat refund. TAPI kamu kena kejar sales rep tu pula la...kat sini selalunya orang got trapped. [Tip nya = butter trade tu la]

--------------------------------------------------------------------
Lagi satu tip.

Bawa Insurance Policy kereta yang lama ke insurance company untuk cancel policy.

1) Dapat refund premium
2) Minta surat NCD

* Selalunya duit premium mereka akan hantar cheque dalam masa 2 minggu

* Surat NCD insurance company akan keluarkan jam tu juga. [Bab ni biar Sales Rep buat..unless you all rajin dan nak tau macam mana rupa bentuk surat NCD tu]