Tuesday, February 16, 2010

GOLF - ELITE GAME?

Terkenang masa memula aku berjinak jinak dengan sukan ni memang melucukan.

Setiap pagi sabtu dan ahad, routine ka club house bersama suami dan anak-anak menjadi satu kemestian. Disitu kami bersantai di club-house, chit chat dengan kawan kawan yang suami masing masing ke padang "tebas rumput" (masa tu aku tak kenal lagi kenikmatan bermain golf). Ada dikalangan kami (isteri isteri yang ditinggalkan di club-house) berkata, tak nak lah main golf kat tengah panas tu..tak payah lah nak bersusah payah.

Maka aktiviti kami hanyalah ke library, private karaoke room, snooker dan berenang. Sebelum daripada tu ada juga class aerobic, tapi kureng berminat. Sempat juga ber"horse-riding", mahal juga lah peralatannya.

Hubby enggage a pro - Golf Lesson
Maka suami ku pun berkata, "I will enggage a pro for you and our children for the golf lesson".

Woahh..wohkey juga tu! Aku pun beritahu pada anak anak. Sebelum balik, hari tu kami singgah ke pro-shop pergi beli golf set for children (beli satu set saja). My set pula dibelikan second hand, sebab belum pandai lagi nak handling tak perlu beli yang baru. Aku turutkan saja apa kata "Masterji".

My lesson start the next week, excited juga. Pro yang mengajar kami tiga beranak adalah Rosli.

Memang dia sabar dengan karenah aku. Imagine, hayun batang golf boleh terpelanting. One thing dia ajar aku how to hit the ball straight and in the same time I will looks feminine (semasa nak pukul bola kaki tak boleh depa sangat [i.e. jangan kangkang..] lepas pukul bola mesti ada style, posture positioning,...) Ingat lagi apa kata Pro Rosli, "Puan yang penting style, tak perlu pukul kuat kuat, sebab nanti bola tu pergi kekiri kekanan nanti susah dan penat nak cari bola kat dalam rough, yang penting bola straight kat fairway dan Puan akan nampak bola tu jatuh kat mana". Ingat jika pakai buggy atau turf-mate tak pa, tapi jika berjalan semasa competition penat Puan.

Anak anak memang cepat belajar. Empat kali lesson saja, Pro Rosli dah ajak mereka ka fairway course. Ariff ada sikit panas baran, Azry lebih cool.

Lepas tu kami dengan beberapa family yang lain buat Family Golf Tour. Dari Utara, ka selatan (Gila tak gila....) Husband dengan group mereka, Ladies dengan group kami dan anak anak pun yang boleh main join juga dengan kami...tapi buat lain flight.

Family trip - Jelajah Padang Golf
Dari Black Forest, Bukit Hitam, turun ka Cinta Sayang Golf Resort Sg Petani, turun ka Meru Valley, Ipoh,. Bermalam semalam di Casuarina Ipoh. Keesokan hari ka Cameron Highland. Kat sini memang heaven orang yang baru kenal golf. Apa tidak nya..green-fees bayar sekali, main golf boleh berkali-kali. Main lah sampai nak patah kaki free saja. Cuma bayar turf-mate atau enggage caddy untuk bawakan golf-set. (Kebiasaan caddy tersebut adalah anak anak orang asli, kalau lah ada yang sponsor mereka tu, boleh saja mereka jadi professional golfer, memang mereka pun hebat. Aku sendiri minta caddy tolong beri pendapat nak guna club apa yang sesuai untuk pukul bola, bila keadaan fairway yang tidak datar kerana mendaki/menurun bukit atau beralun. Macam tu juga bila atas green..nampak saja macam lurus tapi rupanya berlekok lekok, dua kali tap baru masuk lobang). Masa ni hubby hadiahkan MARUMAN Ladies set untuk ku. Memang best, apa tak suka set baru.

The other month kami keselatan dan pantai timur.

Selatan & Pantai Timur - A'Farmosa Golf Resort, Melaka dan Tanjung Puteri Golf Resort, Johore. Malam tu juga bertolak ka Pahang (Gila tak gila...). Kami memang dah book hotel. Pagi pagi dah ka Pantai Lagenda Golf Resort, Pekan (Jumpa lah abang pada MB dan juga MB sendiri).. Tapi isteri MB tak dapat join kami hari tu. Kat sini buat lah mini competition. Best juga, sebab course baru.

Mini Competition
Kebiasaan kami selalu ka A-Farmosa. Kat situ lepas round of golfing kami ka water park.
Nak jadi cerita, aku cakap ngan hubby, minta tunjuk cam mana cara putting. Aku memang selalu rugi hit bila sampai putting. Baik baik boleh par dah jadi bogey atau silap silap double bogey. Alamak semasa bawa naik putter, Rabi sudah nampak aku bawa masuk putter ka bilik hotel daaaaaaa...esok kena sakat melampau lampau.

Lagi satu teringat masa memula pandai main golf, memang look forward untuk turun padang, pantang cuti mesti cari kaki utuk ajak pergi "menyabit". Ada satu hari tu, kaki kaki semua tak datang, husband kata okay hari ni you ikut I. Woahhh seronak nieh..Tapi bila sampai kat club-house, dia tak jadi bawa aku sebab dia dah cukup satu flight. Bengangggggg...memang benganggg aku dibuatnya. Aku tak dapat tahan terus ka changing room dan apa lagii...nangis. Memang macam budak budak kan,,ha ha bila ingat balik memang kelakar. Siti Dani nampak aku menangis. Sampai sekarang dorang panggil aku "Ani Nangis". Ha ha...

Kenikmatan bermain Golf
Golf is a game of challenging your own will and capability.
Dicipline
Gentleman game
Sociable in its own way
"Special" Joke only golfers know about it.

Itu dulu...sekarang golf hanya bila ada tournament kat office atau bila husband ajak temankan sebab nak meraikan biz associate atau tak cukup flight. Macam orang politik cakap..sekali sekala turun padang (...dan begitulah GOLF)

Apapun..it is fun.