Sunday, May 15, 2011

PASARAN HARTANAH (SIRI - III)

Saya lebih cenderung untuk cadangkan supaya miliki hartanah kategori Commercial, sebab return nya lebih cepat dan laju. Jangan terperanjat ada yang boleh dapat two fold even more cash-on-cash return!

Bayangkan seorang sahabat saya yang super rich jika beli commercial property 6 sekali gus..apa yang dia dapat?

Kerana status Bumiputera dia entitle untuk :-
Discounted price sebanyak – 8% ka 10%
Discounted rebate untuk beli lebih dari seunit – 5%
Plus..plus discounted rebate daripada pengarah/developer (early bird) – 5%
Maka, senang senang dapat antara 18% ka 20% pada hari booking.

Katakanlah harga seunit rumah kedai 2 tingkat sebelum dilancarkan ialah RM500,000-00

Tolak 18% - RM41,000-00

Harganya – RM459,000-00

Deposit 10% untuk setiap unit ialah RM45,900 x 6 = RM275,400.00

Selepas dilancarkan harga telah naik menjadi RM700,000-00

Ada yang desak untuk beli seunit, so sahabat saya itu terima offer tersebut maka beliau mendapat keuntungan sebanyak RM24,100 selepas seminggu sahaja. Tak sempat dia nak tandatanggan surat perjanjian jual beli.

Apabila rumah kedai tersebut siap dalam masa 28 bulan harga hartanah tersebut naik mendadak sehingga mencecah RM1.25juta seunit (lot tengah). Beliau bernasib baik dapat harga “pukal” walaupun unit tersebut ada yang unit tepi.

Jadi ada antaranya “mass market property” masih OK, cuma mungkin sukar sedikit nak beli dengan harga discounted atau rebate. Bagi menggali peluang pelaburan hartanah yang ada, maka seseorang itu perlukan negotiation skill yang tinggi untuk tawar menawar berserta dengan kewangan yang kukuh.

Seperkara lagi, rumah kedai adalah mudah untuk dapat pulangan dari segi sewaan.

PASARAN HARTANAH (SIRI - II)

Ada beberapa sebab yang menjadikan pasaran hartanah on-hike. Seperti yang diulas oleh seorang pakar hartanah Michael Tan dalam artikal yang ditulis di Star Property dengan tajuk “How do you make money when there’s property bubble”?

Antara situasi harga rumah melambung dengan begitu mendadak adalah :-

1. Harga rumah yang telah siap (sub-sale) akan naik melebihi 20% - 30% dari harga asal
2. Harga rumah lelong (auction property) dibida hingga lebih tinggi dari pasaran (tertakluk kepada kawasan)

Atas sebab di atas, ramai yang menanti agar harga rumah jatuh (dan akibatnya terjadilah Property bubble) di Malaysia.

Asbab itu juga, ada sesetengah kawasan kalau dijual at current price yang mana harganya boleh juga dikatakan tidak munasabah dan sudah tinggi harganya), keuntungan kasar boleh mencecah 100% (cash-on-cash) atau lebih dengan pegangan tak sampai setahun. Ini merupakan hartanah yang telah siap sepenuhnya. Kebiasaanya cukai keuntungan harta tanah (CKHT) adalah sebanyak 5%. Ada bank yang akan kenakan antara 3% - 5% penalty kerana dikenakan lock-in period antara 3 ataupun 5 tahun).
Betul, makin lama rumah makin naik. Tapi, this 100% Return On Investment (ROI) setahun berkemungkinan besar tidak akan muncul lagi (macam tahun 90an semasa market bullish, orang yang melabur di pasaran saham, cuma main contra saja dah cukup membahagiakan mereka dibumi ini, apa tidak nya dapat duit atas angin). Ini lah masanya pelabur hartanah throw-out hartanah yang sedia ada bagi siap siaga untuk ‘next wave’.

Adakah OK atau berbaloi kah kalau beli rumah sekarang?

Yup..masih lagi dikatakan berbaloi. Cuma elakkan beli rumah yang terletak dikawasan perumahan yang elit seperti di Bangsar, Damansara. Seandainya mendapat tawaran yang bagus seperti dikawasan yang disebut maka adalah digalakkan untuk memilikinya.

EJEN FIRMA HARTANAH

Sebaiknya ambil lah kursus bagaimana hendak menjadi pemilik ejen firma hartanah yang bertauliah. Di Malaysia, bangsa melayu memang boleh dikira dengan jari yang mempunyai lesen berurusniaga sebagai pemilik ejen firma, sebaliknya yang ramai hanya menjadi ejen dan bekerja dengan pemilik ejen firma hartanah.

Tidak dinafikan untuk menduduki peperiksaan sebagai pemilik ejen hartanah yang bertauliah adalah sangat “tough”. Saya pernah bercita cita kearah itu, memandangkan banyak “paper” mendapat exemption kerana sebagai kakitangan institusi perbankkan memang ada beberapa kursus yang telah dihadiri menepati dengan silibus tersebut.

Antaranya kursus/latihan nya dari badan yang berkenaan ialah :

PROFESSIONAL QUALIFICATIONS
* Institution of Surveyors Malaysia
* Passed Test of Professional Competence for General Practice Surveying
* Passed Test of Professional Competence for Property Consultancy and Valuation Surveying
* Passed Test of Professional Competence conducted by the Board of Valuers, Appraisers & Estate Agents.

Selanjutnya boleh ke laman WEB Malaysia Institute of Estate Agents.

PASARAN HARTANAH (SIRI - I)

Pasaran hartanah memang sentiasa hot, jarang yang volatile harganya.

Antara yang menyebabkan harga hartanah melambung adalah kerana, situasi politik semasa.

Harga barangan asas binaan juga memainkan peranan seperti simen, pasir, batu-bata, besi/aluminium, atap genting, kayu dan tidak dilupakan tenaga kerja. Tenaga kerja juga sedikit sebanyak contribute kepada kenaikkan harga kerana kemasukan pekerja asing juga sudah ada kekangan.

Selain daripada itu juga, banyak projek yang terbengkalai apabila tampuk pemerintah bertukar tangan. Dalam pemerhatian saya, ada sesetengah kawasan yang di anggap “bagus” pun ada yang terbengkalai (Contoh : Putrajaya)

Apabila, pilihanraya “bakal” diadakan, maka akan terdapat banyak projek projek yang terbengkalai akan “revive” semula dengan perlantikkan “white-knight” bagi memulihara projek terbengkalai tersebut kerana hendak merancakkan pembangunan disesuatu kawasan itu, mungkin untuk memperlihatkan kepada penduduk bahawa ada pembangunan disitu.