Sunday, May 15, 2011

PASARAN HARTANAH (SIRI - I)

Pasaran hartanah memang sentiasa hot, jarang yang volatile harganya.

Antara yang menyebabkan harga hartanah melambung adalah kerana, situasi politik semasa.

Harga barangan asas binaan juga memainkan peranan seperti simen, pasir, batu-bata, besi/aluminium, atap genting, kayu dan tidak dilupakan tenaga kerja. Tenaga kerja juga sedikit sebanyak contribute kepada kenaikkan harga kerana kemasukan pekerja asing juga sudah ada kekangan.

Selain daripada itu juga, banyak projek yang terbengkalai apabila tampuk pemerintah bertukar tangan. Dalam pemerhatian saya, ada sesetengah kawasan yang di anggap “bagus” pun ada yang terbengkalai (Contoh : Putrajaya)

Apabila, pilihanraya “bakal” diadakan, maka akan terdapat banyak projek projek yang terbengkalai akan “revive” semula dengan perlantikkan “white-knight” bagi memulihara projek terbengkalai tersebut kerana hendak merancakkan pembangunan disesuatu kawasan itu, mungkin untuk memperlihatkan kepada penduduk bahawa ada pembangunan disitu.

No comments:

Post a Comment