Saturday, March 19, 2011

CAGAMAS & SKIM RUMAH PERTAMA

Apa peranan CAGAMAS?

Langkah langkah yang selanjutnya ialah untk merancakkan industri pembinaan rumah, secara tidak langsung agensi kerajaan seperti CAGAMAS memainkan peranan yang penting juga.

Peranan CAGAMAS ialah menjadi sebagai "penjamin atau guarantor". Tetapi bukan secara langsung tetapi secara tidak langsung.

Walaubagaimanapun, setiap Institusi Perbankan harus melaksanakan proses memberi pinjaman seperti biasa iaitu menurut lunas lunas serta garis-panduan yang sedia ada sebelum sesuatu pinjaman diberi kelulusan.

Setelah mendapat kelulusan dan pihak CAGAMAS puas hati kerana segala yang diperlukan telah dipenuhi oleh pihak Institusi Perbankan. Maka, pihak CAGAMAS akan keluarkan satu notis kelulusan untuk memberi jaminan terhadap akaun tersebut. CAGAMAS juga berhak untuk "reject" sekiranya ianya tidak mematuhi salah satu daripada pra-syarat.

Sehubungan dengan itu, pihak CAGAMAS akan hanya keluarkan notis lulus untuk hartanah yang telah siap dibina. Tetapi sekiranya hartanah itu masih dalam pembinaan, "guarantee" akan terpakai hanya setelah hartanah itu siap sepenuhnya.

CAGAMAS juga mempastikan Institusi Perbankan mempunyai garispanduan menyelenggarakan serta mengendalikan risiko peminjam tidak membayar hutang ataupun tunggakan yang mengakibatkan hartanahnya dilelong. Ini semua adalah bertujuan untuk elakkan penyelewengan.

1 comment: